Buletin

HERTZ BELI 65 RIBU EV POLESTAR UNTUK KEGUNAAN FLEET SEWA

Syarikat sewa kenderaan Hertz baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Polestar yang menyaksikan pembelian sehingga 65,000 unit kenderaan elektrik jenama itu untuk tempoh lima tahun.

Kumpulan pertama Polestar 2 dijangka boleh didapati untuk pasaran Eropah menjelang musim bunga tahun 2022, dan lewat tahun 2022 untuk pasaran Amerika Utara dan Australia.

Ini membolehkan Hertz menjadi syarikat sewa kenderaan terbesar yang memiliki armada kenderaan elektrik di Amerika Syarikat, selain menjadi yang terbesar di dunia selepas bangkit daripada risiko kebankrapkan pada tahun 2021.

Hertz sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan oleh pandemik yang melanda pada tahun 2020, dengan jumlah hutang sekitar $17 bilion.

Google ads
Back to top button