Buletin

HONDA CITY DILANCARKAN DI INDIA

Petang tadi, Honda memperkenalkan model sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu, Honda City di New Delhi, India. City generasi keempat itu dilihat mampu mengukuhkan lagi penerimaan jenama Honda di pasaran India yang sebelum ini dikuasai oleh Maruti (Suzuki) dan Hyundai. 

161112-l-hon

Pengenalan itu turut menyaksikan enjin diesel 1.5L DOHC i-DTEC akan menjadi salah satu varian City. Dijangka dilancarkan pada Januari 2014, sedan tersebut dibangunkan di pusat R&D Honda di Tochigi, Jepun.

Ia merupakan hasil kaji selidik ekstensif yang dijalankan oleh Honda di pasaran India, negara-negara ASEAN dan beberapa negara lain. Pembangunan model City mengadaptasi pembaharuan operasi global Honda yang baru.

all-new-2014-honda-city-revealed-in-india_3

India disifatkan sebagai pasaran strategik utama untuk Honda di rantau Asia dan Ocenia berikutan model-model keluarannya serta enjin diesel 1.5 liter DOHC i-DTEC kian mendapat sambutan di sana. India juga menjadi negara pertama yang akan menghasilkan City sebelum ia mula dijual di 60 buah negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Konsep pembangunan City berasaskan kepada tiga aspek iaitu reka bentuk sporty, selesa dan menjimatkan bahan api. Sedan itu mengetengahkan konsep rekaan baharu Honda iaitu “Exiting H Design”. Ia merangkumi rekaan hadapan, garis tubuh yang atletik dan gayaan sebuah coupe.  

slider dlm

City generasi keempat ini meneruskan DNA jentera Honda iaitu ‘Man maximum, machine minimum.” Maksudnya, sedan itu mampu menawarkan ruang kabin yang luas. Biarpun rekaan luarannya nampak kompak.

Dilihat dari segi dimensinya, City adalah sepanjang 4,440mm (sama seperti City generasi ketiga), lebar 1,695mm dan tapak roda yang ditambah sebanyak 50mm menjadi 2,600mm.

Selain enjin diesel daripada keluarga enjin Earth Dreams Technology untuk pasaran India, City turut dikuasakan oleh unit enjin petrol empat silinder bersesaran 1.5 liter SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik. Pastinya kita akan menerima varian petrol ini.

all-new-2014-honda-city-revealed-in-india_4

Antara ciri baharu yang ada pada City ialah corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, kawalan pendingin hawa menerusi skrin sentuh, paparan LCD bersaiz lima inci, sistem audio dengan lapan unit pembesar suara dan ketersambungan Bluetooth, USB dan MP3, selain bumbung suria serta cruise control.

Sejak diperkenalkan di pasaran India pada Januari 1998, City mendapat sambutan hangat dengan lebih 430,000 unit berjaya dijual di sana. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button