Buletin

HONDA CIVIC TYPE R 2020 JADI KERETA HARIAN PILIHAN JOHN CENA

Bintang WWE dan pelakon Fast & Furios F9, John Cena mendedahkan bahawa kenderaan hariannya ialah Honda Civic Type R.

Perkara itu dimaklumkan dalam sebuah podcast Whiskey Ginger with Andrew Santino pada minggu lalu dan mendapat perhatian peminat di Twitter serta TikTok.

“Ia mempunyai teknologi, manual dan boleh dipercayai ” kata Cena.

Tambah John Cena, “Honda Type R 2020 mempunyai tiga pedal dan sangat stabil kalau dipandu pada kelajuan tinggi.

“Selain itu, ia mempunyai tempat duduk di bahagian belakang jadi mudah bagi saya sebenarnya untuk membawa penumpang.

Dalam F9, John Cena memainkan watak saudara kepada Dominic Toretto, Jakob yang tampil memandu Ford Mustang dan Toyota Supra.

“Jika saya perlu memandu kereta lebih 15km, pilihan saya ialah Civic,” jelas Cena.

Google ads
Back to top button