
TOYOTA GR COROLLA MORIZO VS HONDA CIVIC TYPE-R, SIAPA LAGI POWER?
Sejarah Honda Civic dan Toyota Corolla adalah hampir sama, ia direka dengan tujuan untuk mampu dimiliki dan murah untukl diperasikan. Ini bermakna kedua dua model, memang asalnya sangat menjimatkan bahan api.
Tapi dengan kehendak pengguna serta persaingan sihat antara kedua dua syarikat, Honda dan Toyota mula membangunkan Corolla serta Civic menjadi sebuah model sport yang sangat berkuasa meskipun satu dunia sudah bersedia untuk bergerak ke arah teknologi kereta elektrik
Masih ada peminat permotoran dengan keupayaan membeli jika diberi peluang pasti akan membeli salah satu atau kedua dua model Toyota GR Corolla Morizo ataupun Honda Civic Type R generasi terbaru
Dalam satu video yang dihasilkan oleh saluran Youtube Throttle House, kedua dua buah kereta sport ini telah diberi peluang untuk berentap antara satu sama lain dalam 2 ujian yang berasingan. Ujian pertama ialah pecutan statik dan ujian kedua ialah pecutan dalam keadaan bergerak.
Toyota GR Corolla yang digunakan pada kali ini ialah dari versi Morizo dimana kuasa enjin telah ditala kepada 300 kuasa kuda dan 400Nm tork. Varian Morizo juga telah diberikan beberapa kelebihan lain seperti ia telah diringankan dengan membuang kusyen belakang bagi menjadikan berat keseluruhan jentera hanyalah 1445kg sahaja.
Namun jika dibandingkan dengan Honda Civic Type R 2022 yang terkini, ia masih kalah dari segi kuasa. Civic Type R menghasilkan 315 kuasa kuda dan 422Nm tork. Malah berat Civic Type R juga hanyalah 1446kg walaupun masih mengekalkan kusyen di bahagian belakang.
Namun dari segi kecekapan penghantaran kuasa, Honda Civic Type R akan kalah kerana semua kuasa akan dihantar ke roda depan menerusi transmisi 6 kelajuan manual. GR Corolla akan ada kelebihan sewaktu pecutan dengan semua kuasa akan diagihkan pada sistem pacuan semua roda GR-Four yang dbangunkan khas untuk perlumbaan
Apabila digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan yang gear ratio telah ditala dengan lebih pendek, maka GR Corolla mampu menewaskan Civic Type R dalam ujian pecutan statik. Cengkaman pada semua tayar dan gear ratio pendek memastikan kemenangan berpihak kepada GR Corolla.
Tapi jika anda menonton video ini, kuasa enjin yang lebih tinggi membolehkan Civic Type R mengejar GR Corolla pada penghujung perlumbaan namun ia sudah terlambat. Ujian kedua yang melibatkan roll race pula menyaksikan Civic Type R mengalahkan GR Corolla
Walaupun GR Corolla melonjak ke depan terlebih dahulu, kuasa enjin yang lebih besar dihasilkan oleh Civic Type R memiliki kelebihan yang nyata. Jadi keputusan bagi perlumbaan kedua dua jentera ini adalah seri melainkan kita boleh lihat satu lagi perlumbaan di atas litar perlumbaan bagi melihat catatan masa


