Buletin

EXHIBITION R – HIMPUN LEBIH 100 UNIT HONDA TYPE-R PELBAGAI GENERASI DAN MODEL JDM DI MELAKA

Honda Ban Lee Heng Melaka mencipta sejarah tersendiri dalam dunia automotif tempatan apabila menganjurkan pameran jentera Type-R yang pertama di Malaysia. 

Pameran yang dikenali sebagai Exhibition R itu berlangsung pada 19 Disember 2021. Ia melibatkan lebih unit 100 Type-R daripada 100 pemilik dari seluruh Malaysia yang menyertai acara tersebut buat pertama kalinya. 

Apa yang menarik, acara berkenaan berjaya menghimpunkan banyak Type-R sejak dari generasi pertama. Ini termasuklah model EK9 (1997), EP3 (2001), FN2R (2007), FD2R (2007), FK2R (2015), FK8R (2017) dan DC5(2001). 

Tidak ketinggalan, termasuk model domestik Jepun (JDM) iaitu S660 (2015), S2000 AP1 (1999), S2000 AP2 (2003) dan NSX NA1(1991). Pameran itu juga mengetengahkan model-model kereta edisi terhad JDM seperti  model Type-R Eropah yang merupakan antara model kereta yang jarang ditemui di Malaysia.

Semua jentera yang dipamerkan di dalam dan di luar premis berjaya menarik minat lebih 500 pengunjung. Jangan bimbang, pihak penganjur bertanggungjawab dalam memastikan SOP dan penjarakan sosial dipatuhi sepanjang acara itu berlangsung. 

“Kami harap dapat bekerjasama dengan Type R Owner Club Malaysia untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat Honda Type-R & JDM.

“Acara ini akan menjadi perhimpunan Honda Type-R yang pertama dan terbesar dalam sejarah Malaysia.” kata Pengarah Pemasaran Ban Lee Heng Motor Group.

Untuk makluman, Ban Lee Heng Motor(BLH) mula beroperasi sebagai kedai menjual basikal selepas perang. Premis asalnya terletak di Jalan Yam Tuan (dahulunya Paul Street) di Negeri Sembilan. 

Pada tahun 1976, Ban Lee Heng dilantik sebagai pengedar tunggal kereta Honda dan menjadi antara pengedar Honda yang terawal di negara ini.

Selama tiga generasi, Honda Ban Lee Heng komited untuk melayan serta menyantuni pelanggan Honda di Melaka dan Negeri Sembilan dengan perkhidmatan yang profesional dan mesra. 

GALERI

Google ads
Back to top button