Buletin

PEMILIK MENGADU KERUSI CIVIC TYPE R 2023 BERBUNYI, HONDA HENTIKAN JUALAN DAN RECALL

Honda baru-baru ini terpaksa menghentikan jualan serta memanggil semula Honda Civic Type R 2023 gara-gara pengguna mengadu bahagian kerusi mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan.

Meskipun ia kedengaran biasa, namun Honda memandang serius kejadian ini dan ia boleh membawa kepada kecederaan atau kemalangan.

Menurut Autoblog, bunyi itu berpunca daripada pemasangan rangka kusyen tempat duduk pemandu.

Lebih teruk lagi, ia boleh menjejaskan keberkesanan tali pinggang keledar dan meningkatkan risiko kecederaan.

Walau bagaimanapun, Honda masih belum mendedahkan jumlah pemanggilan semula bagi Civic Type R 2023 tetapi akan memberitahu kepada pemilik menjelang pertengahan Mei ini.

Proses penarikan balik serta pembaikan mungkin mengambil masa lebih lama kerana alat ganti yang diperlukan dilapor masih belum tersedia.

Google ads
Back to top button