
HONDA CIVIC TYPE R TERPUTUS DUA. PEMANDU DAN PENUMPANG SELAMAT
Sebuah Honda Civic Type R berwarna biru terputus dua apabila terlibat dalam kemalangan di Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Dalam perkongsian video oleh Vincent Nieto di laman Facebook menunjukkan Civic Type R terbabit terputus dua bersebelahan dengan restoran makanan segera.
Menurut Renee Gutoerrez-Martinez, jentera berkenaan dimiliki anak perempuannya.
Ia dipandu teman lelaki anaknya, Kevin Acosta ketika kemalangan itu.
Acosta mendakwa mereka dilanggar kenderaan lain berdekatan simpang Jewell Avenue dan Federal Boulevard.
Dia menambah hentakan kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan Honda itu merempuh tiang lampu sehingga terbelah dua.
Melalui rakaman, ia terputus pada bahagian pintu belakang dan jika terdapat penumpang belakang kemungkinan besar akan mengalami cedera parah ataupun terbunuh.
Jika rempuhan pada tiang lampu di posisi pintu hadapan, Acosta dan teman wanitanya mungkin mengalami cedera parah.
Kedua-kedua pasangan kekasih itu selamat dalam kemalangan ngeri terbabit dan cedera ringan sahaja. –carscoops
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2023 TERBARU DIUJI. TAPI SATU EKZOS?
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2021 LIMITED EDITION UNTUK DILELONG. BIDAAN DAH CECAH 190K
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2021 TIBA DI AUSTRALIA. ACTIVE SOUND CONTROL, LogR, HARGA NAIK RM9K JADI RM169K
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R LIMITED EDITION HABIS TERJUAL DALAM MASA KURANG 4 MINIT








