Artikel Pilihan

JEEP ISTIMEWA INI BOLEH DIPANDU BAWAH PERMUKAAN AIR – BOLEH PERGI BANDUNG NI KOT?

Jeep merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pengeluar kenderaan 4×4 ini sudah membuktikan yang produk mereka mampu dipandu dalam pelbagai keadaan bentuk muka bumi. Wrangler contohnya pernah mencipta rekod dengan mendaki ke paras tertinggi yang sebelum ini hanya mampu dicapai oleh err… pesawat terbang.

Wrangler boleh ditempah lengkap dengan snorkel dari kilang tapi ia tidak boleh dipandu di bawan permukaan air. Tapi jangan terperanjat kerana ada sebuah Jeep istimewa yang dihasilkan terus dari kilang dan mampu dipandu di bawah permukaan air. Ia dinamakan CJ35/U dari dihasilkan khusus untuk United States Marine Corps pada tahun 1950. Lama dah wujud rupanya.

Cerita bermula bila Mike Wixom seorang peminat off-road membeli sebuah Jeep CJ 1950 untuk diubahsuai sebagai rock crawler (alah macam buggy yang boleh panjat batu). Sebaik dibeli dan diperiksa beliau mendapati ia bukannya sebuah Jeep CJ yang biasa. Ia bukan hanya mempunyai snorkel biasa tetapi turut mempunyai snorkel kedua untuk paip ekzos.

Tempat duduk belakang pula digantikan dengan peralatan pelik dan keseluruhan badan dan komponen Jeep ini diwarnakan dengan warna hijau tentera.

Wixom menggunakan akta Freedom of Information untuk mencari maklumat kerajaan khususnya tentang Jeep CJ versi tentera yang dikeluarkan pada tahun 1950. Sayangnya tiada rekod mengenai Jeep yang dimiliki beliau ditempah oleh pihak tentera dari Perang Dunia Kedua sehinggalah Perang Korea.

Nasib baik muncul seorang warga awam yang baik hati dan menunjukkan buku manual servis untuk Jeep CJ35/U. Rupa-rupanya kenderaan 4×4 ini ditempah khas untuk kegunaan tentera marin dan mampu dioperasikan sepenuhnya di bawah air.

Memang sayang kalau model seistimewa ini diubah kepada rock crawler jadi Wixom memutuskan untuk memuliharanya. Wixom kemudian mendapati yang pihak Navy telah menempah 1,000 Jeep seumpama ini dari Willy-Overland pada tahun 1950. Ia diasaskan daripada model Jeep generasi ketiga (CJ-3A).

Ada juga model yang dinamakan CJV35/U dan ia mempunyai radio menggantikan tempat duduk belakang. Radiator ini menggunakan generator dan bersambung dengan unit PTO dan kesemuanya dihasilkan kalis air.

Selain ciri istimewanya yang boleh dipandu di bawah air Jeep ini juga boleh berhenti di bawah air. Cuba korang pandu kereta dalam air banjir dan berhenti di pertengahan jalan apa akan jadi. Tapi Jeep ni tak ada masalah kerana mereka sudah mengubahsuai kebanyakan komponennya supaya mampu beroperasi seperti biasa. Wipernya pun boleh digerakkan dalam air tau. Paling penting CJ ini menggunakan distributor yang dihasilkan khusus untuk pesawat terbang oleh Bendix-Scintilla.

Apa tujuan pihak Navy tempah Jeep macam ni? Sebenarnya pada awalnya ia akal digunakan untuk aktiviti menyelamat dan tinjauan tapi hanya beberapa unit sahaja yang sempat berkhidmat dan selebihnya diberikan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Google ads
Back to top button