Artikel Pilihan

APAKAH KERETA HARIAN JOHN CENA? ENTAH-ENTAH ALZA JUGAK

John Cena merupakan antara bintang gusti yang paling bersinar selepas The Rock. Terkenal dengan gayanya yang tersendiri sewaktu bergusti dan mungkin selepas ini beliau akan menjadi semakin popular kerana kereta yang dipandu beliau setiap hari.

Tengok saiz badan mesti ramai yang menyangka Cena ni sekurang-kurangnya mesti memandu Hummer ataupun SUV yang lebih mewah seperti Cadillac Escalade. Salah, sebab Cena memandu sebuah kereta yang mesti korang sendiri pun tak sangka. Kami pun terkejut masa mula-mula dengar.

Dalam satu temubual untuk podcast Andrew Santino, Cena mendedahkan yang kereta harian beliau ialah sebuah Honda Civic Type R keluaran tahun 2020. Ya, Type R tuan-tuan, bukan setakat korang dan kami sahaja, pengacara podcast tu sendiri pun terkejut. Biar betik?

Malah pengacara tersebut pada awalnya menyangkakan Cena sedang berlawak. Namun ternyata Cena memang tidak berbohong malah menjelaskan ia sebuah kereta yang canggih, mempunyai gear manual dan boleh diharap.

Ia juga cukup stabil dipandu walaupun pada kelajuan 230 km/j (laju jugak gergasi ni pandu kereta). Bukan itu sahaja ia juga mempunyai tempat duduk belakang jadi Cena boleh membawa sesiapa sahaja yang beliau suka dengan kereta ini.

Walaupun kami sendiri tidak menggalakkan anda memandu selaju Cena tapi okeylah, sekurang-kurangnya Cena bukan jenis beli kereta sekadar untuk tayangan. Lagi pun itulah sebenarnya penyebab kenapa Civic Type R dan Volkswagen Golf GTI menjadi popular, laju tapi pada masa yang sama boeh digunakan untuk membawa penumpang.

Ia jauh berbeza dari memandu Lamborghini Countach, sambung Cena. Ia lebih kasar dan klacnya akan membuatkan anda mengerah tenaga yang lebih. Jadi kalau untuk pemanduan jarak dekat, Civic adalah pilihan yang tepat.

Jangan ingat Cena tak ada kereta lain dalam garaj. Beliau memiliki Dodge Hemi Charger 426 1966, Buick GSX 1970 dan Plymouth Superbird 1970. Berbanding kereta-kereta otot yang disebutkan itu Civic Type R ni nampak macam salah rumah la. Namun tidak dapt dinafikan yang ia adalah pilihan yang munasabah.

Rasanya selepas ni ramai peminat Cena akan turut mencari Civic Type R. silap-silap melambung harga Type R yang sudah sememangnya mahal.  

Google ads
Back to top button