Buletin

SENARAI FINALIS WORLD CAR OF THE YEAR 2023 DIDEDAHKAN – HONDA CIVIC TYPE R TIDAK TERSENARAI

Persaingan untuk 2023 World Car of The Year mula mencuri tumpuan apabila penganjur mendedahkan senarai kereta yang layak menjadi finalis tahun ini.

Antara kereta disenaraikan ialah Alfa Romeo Tonale, BMW 2-Series Coupe, BMW X1 / iX1 dan Honda HR-V / ZR-V. Saingan mereka ialah Hyundai Ioniq 6, Kia Niro, Mazda CX-60, Mercedes C-Class, Nissan Ariya serta Nissan Z.

Walaupun terdapat beberapa pesaing dari segmen EV dalam kategori utama, tetapi anugerah khas untuk EV turut disediakan iaitu 2023 World Electric Vehicle.

BMW 7-Series / i7 juga bersaing untuk merebut gelaran 2023 World Luxury Car, tetapi model itu perlu bertarung dengan Genesis G90, Range Rover Sport dan Lucid Air.

Sementara untuk finalis 2023 World Performance Car pula, BMW M4 CSL, Kia EV6 GT, Nissan Z, Porsche 911 GT3 RS dan Toyota GR Corolla berjaya menempatkan diri dalam senarai kategori tersebut. Menariknya, Honda Civic Type R serta Mercedes-AMG SL tidak berada dalam senarai.

Seterusnya adalah kategori 2023 World Urban Car akan diberikan kepada kenderaan yang tidak ditawarkan di Amerika seperti Citroen C3, ORA Funky Cat / Haomao dan Volkswagen Taigo / Nivus.

Pelbagai kategori disediakan yang ditunggu-tunggu pastinya senarai World Car Design of the Year di mana Cadillac Lyriq, Land Rover Range Rover, Lucid Air dan Nissan Z akan bersaing dengan Hyundai Ioniq 6.

Akhir sekali, anugerah untuk gelaran World Car Person of the Year. Lima figura telah disenaraikan termasuk Presiden BYD, Wang Chuanfu; jurutera penyelidik BMW, Dr. Stella Clarke dan pereka bentuk Hyundai, SangYup Lee.

Turut bersaing dalam kategori sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lucid, Peter Rawlinson dan ketua jurutera Toyota GR Corolla, Naoyuki Sakamoto.

Tiga finalis teratas dalam enam kategori kenderaan akan didedahkan bulan depan, manakala pemenang bakal diumumkan di New York Auto Show pada April ini.

Google ads
Back to top button