Buletin

BIMS 2023: GALERI HONDA CIVIC TYPE R FL5, HARGA LEBIH SETENGAH JUTA RINGGIT DI THAILAND

Di Bangkok International Motor Show, booth Honda turut memperlihatkan hot hatch Civic Type R FL5 yang bakal dijual di negara tersebut.

Difahamkan, harga jualan hot hatch Type R FL5 ini bermula dari 3,990,000 baht, atau lebih kurang RM520 ribu kalau guna duit kita.

Tempahan sudah pun dibuka beberapa hari yang lepas, dan untuk pasaran Thailand ia hanya akan ditawarkan dalam unit yang amat terhad.

Jadi, individu yang berminat boleh mendaftarkan diri di laman web Honda Thailand bermula 22 Mac yang lalu.

Seperti model FK8, Civic FL5 ini menggunakan enjin KC20C1 2.0 liter turbo dengan kuasa 330 PS dan 420 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Peningkatan kuasa itu disumbangkan oleh penggunaan unit pengecas turbo yang lebih telah dioptimasikan, kadar aliran udara yang dipertingkatkan, serta sistem ekzos yang lebih cekap.

Cakap banyak pun tak guna, jadi nikmatilah galeri gambar Honda Civic Type R FL5 yang dibawakan khusus dari Bangkok International Motor Show 2023 ini.

Google ads
Back to top button