Buletin

HONDA, ELMINA MOTORS BUKA PUSAT 3S HONDA DI SHAH ALAM

Honda Malaysia dan Elmina Motors telah membuka Pusat 3S Honda di kawasan strategik berdekatan Kampung Baru Subang, Shah Alam.

Elmina Motors melabur sebanyak RM21.8 juta untuk fasiliti terbaharu ini yang dibangunkan di kawasan seluas 85,377 kaki persegi.

Pusat 3S baharu yang ke-28 di bahagian sentral negara ini, memiliki 12 petak penyelenggaraan, empat petak membaiki kenderaan dan dua petak penyelenggaraan tayar.

Selain itu terdapat satu petak penyelenggaraan pendingin hawa dan satu petak elektrikal. Sebanyak 30 kenderaan boleh diselenggara dalam tempoh masa satu hari.

Selain itu, pelbagai kemudahan lain disediakan kepada para pelanggan termasuk ruang lounge dengan kemudahan WiFi secara percuma, ruang permainan kanak-kanak serta sudut makanan dan minuman.

Bagi pelanggan Muslim pula ruang surau turut disediakan bagi memudahkan mereka mengerjakan solat.

Perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan perlindungan insurans serta ruang membasuh kenderaan turut ditawarkan kepada para pelanggan.  

Honda Malaysia percaya pembukaan Pusat Honda 3S tersebut dapat menyokong peningkatan permintaan penyelenggaraan di Selangor.

Pada tahun 2019,  Honda mencatatkan lebih daripada 647,100 permintaan penyelenggaraan di bahagian sentral. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 5.4% berbanding tahun 2018.

Google ads
Back to top button