Buletin

HONDA MALAYSIA HADIAHKAN CIVIC TYPE-R KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG SEMPENA HARI KEPUTERAAN

Sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Isnin lalu,Honda Malaysia telah menghadiahkan baginda sebuah Honda Civic Type-R. 

Majlis penyerahan kereta Honda paling berkuasa yang dijual di Malaysia itu berlangsung di Istana Negara dan akan menjadi jentera pengiring buat YDPA.

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya sangat berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah Honda Civic Type-R kepada Yang di-Pertuan Agong untuk digunakan sebagai kereta pengiring.

“Saya juga ingin menyerahkan sebuah model Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Civic Type-R dinobat sebagai jentera pacuan roda hadapan paling pantas di Litar Nurburgring apabila ia diperkenalkan pada tahun 2017. Kereta berprestasi tinggi itu bukan sahaja ideal untuk dipandu di atas litar, malah sesuai bagi kegunaan harian. 

Dikuasakan oleh enjin 2.0L VTEC turbo berkuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm yang dipadankan bersama kotak gear manual 6-kelajuan,, ia menawarkan prestasi serta pemanduan yang jitu. 

Ia hadir dengan tiga mode pemanduan iaitu COMFORT, SPORT dan +R yang mengawal beberapa ciri penting termasuklah Adaptive Damper System (ADS), pendikit Drive-by-Wire (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan cengkaman dan sistem brek. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020 

Google ads
Back to top button