Buletin

HONDA MALAYSIA SERAH 425 UNIT CIVIC 1.8S KEPADA PDRM

Honda Malaysia baru-baru ini menyerahkan 425 unit Honda Civic 1.8S kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan digunakan sebagai kereta peronda dan penguatkuasaan. 

“Kami sangat menghargai pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota PDRM dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia selama ini. PDRM sememangnya petugas barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak COVID-19. 

“Berikutan pelaksanaan PKP, kami terpaksa menangguhkan penyerahan kereta ini. Namun, kami bersyukur kerana dapat menyerahkan kereta baru ini untuk tujuan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang sekarang. 

“Honda Malaysia berbesar hati kerana PDRM telah memilih model paling laris dalam segmen C ini sebagai kenderaan mereka,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Civic merupakan model pemasangan tempatan dan cukup popular di pasaran Malaysia. Model facelift telah dilancarkan pada Februari 2020 dan dilengkapi sisem keselamatan terkini Honda. Penampilannya diserlahkan menerusi rekaan sebuah fastback yang sporty. 

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dan tork 174Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT yang menjimatkan bahan api. 

Dianugerahkan rating 5 bintang oleh ASEAN NCAP, Civic dilengkapi sistem keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), brek ABS, Brake Assist (BA) dan Auto Brake Hold (ABH).

Maklumat lanjut mengenai kenderaan Honda, sila kunjungi 101 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my 

Tags
Google ads
Back to top button