Buletin

MASALAH PAM BAHAN API, HONDA MALAYSIA RECALL 55,354 UNIT KENDERAAN

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula melibatkan 55,354 unit kenderaan kerana masalah pam bahan api.

Ia merupakan sebahagian daripada proses recall yang Honda laksanakan di seluruh dunia.

Model-model yang terlibat adalah seperti berikut:

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan. Model yang dikeluarkan pada tahun 2020 bagaimanapun tidak terjejas.

Menjadikan keselamatan pelanggan sebagai keutamaan, Honda Malaysia akan terus bersikap telus. Justeru, panggilan semula ini perlu dibuat sebagai langkah pencegahan ke atas risiko enjin hilang kuasa atau kenderaan mati.

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat. Honda Malaysia meminta mereka segera menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temu janji bagi menukar pam bahan api,

Penggantian adalah percuma, bergantung kepada kebolehdapatan alat ganti tersebut secara berperingkat-peringkat.

Setakat hari ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan masalah itu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my

Tags
Google ads
Back to top button