Pandu Uji

Honda Freed Facelift

Versi terbaharu Freed ini menerima beberapa penambahbaikan seperti tempat duduk kulit dan gril hadapan rekaan baru. 

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) pada Khamis lalu memperkenalkan versi facelift  MPV urban kompaknya, Freed ke pasaran tempatan. MPV itu menampilkan teknologi inovatif Honda seperti keluasan ruang, rekaan bergaya, ciri termaju dan berkualiti tinggi.

Freed baharu meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang menerusi aspek  praktikaliti, ciri yang dipertingkat, selain rekaan dalaman serta luaran. Penambahbaikan ini menjadikan Freed kali ini sebuah kenderaan ideal untuk golongan muda profesional yang sudah berkeluarga.  

“Model ini merupakan unit CBU (import sepenuhnya) dari Indonesia. Sehingga kini, Honda Malaysia sudah menjual lebih 2,500 unit Freed sejak dilancarkan pada April 2010,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. 

Jentera itu masih mengekalkan enjin i-VTEC bersesaran 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan. Ia bukan sahaja menjanjikan penjimatan bahan api, malah menawarkan pemanduan yang lancar dengan titik graviti rendah.  

Perubahan yang diterima oleh model tersebut termasuklah tempat duduk dibalut kulit. Manakala perehat tangan untuk kedua-dua belah bahagian kini boleh didapati pada model Grade E dan Grade S. Pelaras ketinggian tempat duduk pemandu pula menambah keselesaan sesiapa jua yang memandunya. 

Keistimewaan Freed terletak pada reka bentuk lantainya yang rata dan membolehkan penumpang bebas bergerak di dalam kenderaan. Bukaan ruang belakang yang rendah pula memudahkan urusan memasuk dan mengeluarkan kargo daripada kenderaan.  

[hr top]

Ciri-ciri lain yang ada pada Freed baharu adalah seperti berikut:

Gril krom

Mazda CX30

• Kemasan belakang krom

• Bampar hadapan yang bergaya

• Rim aloi sporty bersaiz 15 inci

• Papan pemuka dua lapisan dengan kemasan krom

• Kluster meter dengan warna baharu

• Pintu gelangsar automatik dengan ciri kawalan jauh*

• Kabin luas dengan rekaan lantai rata

• Tempat duduk baris ketiga boleh lipat

[hr]

Sementara ciri keselamatan yang ada pada Freed ialah dua beg udara SRS, penarafan enam bintang daripada Japanese New Car Assessment Program (JNCAP), G-Force Control Technology (GCon), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Advanced Compatibility Engineering (ACE) dan Anti-Lock Braking System (ABS). 

Freed Grade S didatangkan dalam warna putih, kelabu dan hitam. Sementara Grade E pula hadir dengan warna putih mutiara.  

Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun atau 60 bulan tanpa had perbatuan bermula dari tarikh pendaftaran. Pelanggan juga layak untuk menerima Kupon Servis Percuma (FSC). FSC menbolehkan mereka untuk tidak perlu membayar kos buruh ketika membuat penyelenggaraan apabila perbatuan mencecah1,000km;  10,000km; 30,000km; 50,000km; 70,000km dan 90,000km. 

Freed S ditawarkan pada harga RM99,800 seunit dan Freed E pula berharga RM113,500 sebuah (di atas jalan). 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian Honda Toll Free: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button