
Koleksi Mitsubishi Ralliart
Boleh didapati secara eksklusif di tiga pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia iaitu Target Orion Star (Balakong), JM Auto Gallery (Alor Setar) dan Jimisar Autotrade (Kuching).
Bagi pengumpul koleksi barangan Ralliart, ada berita baik buat anda semua. Pengimport dan pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini telah meluaskan tawaran koleksi baharu barangan Mitsubishi Ralliart.
Sebagai sebahagian daripada keistimewaan buat pemilik kenderaan Mitsubishi, anda layak untuk menerima diskaun sebanyak lima peratus untuk setiap pembelian. Apa yang perlu dibuat hanyalah menunjukkan kunci kereta Mitsubishi ketika membuat pembayaran.
Koleksi terkini itu boleh didapati di tiga pengedar sah MMM iaitu Target Orion Star yang terletak di Balakong Selangor, JM Auto Gallery (Alor Setar, Kedah) dan Jimisar Autotrade di Kuching, Sarawak.
Menerusi pengenalan ini, peminat barangan Ralliart boleh mengharapkan rangkaian produk yang lebih luas. Ia meliputi pakaian, barangan koleksi dan aksesori. Harganya bermula serendah RM10.
Selaku sebuah divisyen sukan bermotor dan kenderaan berprestasi tinggi kepada Mitsubishi Motors, Ralliart telah terlibat dalam pembangunan model-model untuk perlumbaan rali dan off-road. Berbekalkan dedikasi dan komitmen yang tinggi, Mitsubishi Motors dan Ralliart berjaya merangkul pelbagai anugerah dalam banyak perlumbaan termasuklah FIA World Rally Championship (WRC), FIA Asia Pacific Rally Championship (APRC) dan Rali Dakar.
Selain membangunkan jentera lumba dan kereta berprestasi tinggi, divisyen Ralliart turut menghasilkan aksesori untuk kenderaan Mitsubishi, barangan butik dan pakaian sukan demi memenuhi kehendak peminat sukan pemotoran bersama semangat, The Spirit of Competition.
MMM merancang untuk membawa lebih banyak barangan Ralliart pada masa akan datang menerusi rangkaian pengedaran lebih luas. Jadi, tunggu!
Untuk mengikuti perkembangan terbaharu MMM, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ kami di Facebook di alamat: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia .



