Buletin

HONDAJET UMUM PESAWAT BAHARU, 11 PENUMPANG, LEBIH JIMAT BAHAN API

HondaJet baru-baru ini mengumumkan sebuah pesawat jet penumpang baharu akan muncul menjelang tahun 2028.

Difahamkan, ia merupakan versi produksi kepada HondaJet 2600 Concept yang telah diperlihatkan pada tahun 2021, dengan saiz dimensi yang lebih besar berbanding HondaJet Elite II, dan konfigurasi enjin di atas sayap.

Menurut Honda, pesawat jet baharu itu mampu memuatkan sehingga 11 orang pada satu-satu masa (termasuk juruterbang), mampu terbang sejauh 4,861 km (2,625 batu nautika), serta terbang selaju 450 knot (833 km/j) pada altitud 14,325 meter.

Sebagai perbandingan, HondaJet Elite II mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa, kelajuan penerbangan 422 knot (781 km/j) pada ketinggian 43,000 kaki (13,106 meter).

Tidak seperti HondaJet Elite II yang dilengkapi dengan enjin GE Honda HF120, pesawat baharu HondaJet ini akan menggunakan enjin yang diperoleh daripada Williams International FJ44-4C, dengan sistem avionik Garmin G3000 yang sama.

Google ads
Back to top button