Buletin

SIME MOTORS MOTOREXPO 2026 BERLANGSUNG 5-7 JUN INI, TAWAR REBAT HINGGA RM200,000

Sime Motors bakal menghimpunkan pelbagai jenama automotif terkenal dunia menerusi penganjuran Sime Motors MotorExpo 2026 yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun ini di XOX Arena, The Arch Galeries, Kuala Lumpur.

Acara berkenaan dijangka menjadi antara ekspo automotif terbesar tahun ini dengan tawaran promosi eksklusif, pelancaran model baharu serta peluang pembelian menarik untuk pengunjung yang ingin memiliki kenderaan baharu atau terpakai premium.

Mengangkat tema “Best Cars. Best Deals. Best Time to Buy.”, ekspo tersebut menyasarkan ribuan pengunjung termasuk pembeli kereta, peminat automotif dan mereka yang sedang mencari tawaran terbaik dalam pasaran.

Antara jenama yang bakal mengambil bahagian termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Hyundai, Ford, Range Rover dan Volvo, selain pilihan kenderaan premium terpakai menerusi Auto Selection.

Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai model terkini merangkumi kenderaan elektrik, SUV keluarga, kereta prestasi mewah dan motosikal premium di bawah satu bumbung.

Bagi menambah tarikan acara, Sime Motors turut menawarkan rebat sehingga RM200,000, pakej pembiayaan khas, peluang tukar beli kenderaan, promosi eksklusif sepanjang ekspo serta sesi pandu uji melibatkan pelbagai jenama.

Pengarah Urusan Retail & Distribution Malaysia Sime Motors, Vi Thim Juan berkata, MotorExpo 2026 bukan sekadar pameran automotif biasa, sebaliknya platform untuk rakyat Malaysia mendapatkan tawaran terbaik yang hanya tersedia sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Menurut beliau, ekspo itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka teknologi mobiliti terkini termasuk kenderaan elektrik selain membandingkan pelbagai model secara terus di lokasi acara.

Acara akan berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di XOX Arena, The Arch Galeries yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Orang ramai digalakkan membuat pendaftaran awal serta mengikuti saluran rasmi Sime Motors bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan pengumuman model yang akan dipamerkan sepanjang acara tersebut.

Google ads
Back to top button