Buletin

AUDI LANCAR RANGKAIAN 7 EV E-TRON KE PASARAN MALAYSIA. BERMULA RM394K

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini secara rasmi melancarkan tujuh model elektrik sepenuhnya Audi e-tron ke pasaran Malaysia. 

Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan reka bentuk dan prestasi terbaik. Ia nyata mengukuhkan identiti Audi sebagai perintis masa depan dan membuktikan kecanggihan teknologi Audi. 

Q8 e-tron SUV menampilkan reka bentuk aerodinamik yang sangat efisien, rangkaian kuasa yang telah dioptimumkan dengan prestasi pengecasan lebih padu dan kapasiti bateri lebih tinggi, membolehkannya menawarkan jarak sehingga 582km.

Ruang dalaman Q8 e-tron advanced 50 quattro dan Q8 e-tron S line 55 quattro menawarkan pengalaman tempat duduk kelas pertama. Apabila kerusi penumpang belakang dilipat, ia mampu menawarkan ruang sehingga 1,725 liter. 

Walaupun mempunyai ciri yang sama dengan model SUV, varian Q8 e-tron Sportback hadir dengan imej lebih sporty menerusi siluet yang elegan dan kemas untuk kecekapan aerodinamik terbaik. 

Dengan reka bentuk emotif dan teknologi yang revolusionari, e-tron GT coupé mengintepretasikan semula idea klasik sebuah gran turismo. Varian e-tron GT terdiri daripada RS e-tron GT, e-tron GT quattro dengan Dynamic Package dan e-tron GT quattro. 

Interior

Jentera itu menjanjikan prestasi pemanduan dinamik, terima kasih kepada teknologi pacuan semua roda quattro elektrik yang revolusionari.  

Harga jualan runcit yang dicadangkan untuk rangkaian model elektrik sepenuhnya Audi yang mewah adalah seperti berikut: 

  • Q8 e-tron advanced 50 quattro – RM383,990
  • Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro – RM389,990
  • Q8 e-tron S line 55 quattro – RM474,990
  • Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro – RM484,990
  • e-tron GT quattro – RM587,990
  • e-tron GT quattro dengan Dynamic Package – RM661,990
  • RS e-tron GT – RM787,990

Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter memberitahu maklum balas daripada pengedar dan pelanggan terhadap Audi e-tron adalah sangat menggalakkan. 

“Ini merupakan penawaran produk terbesar Audi di Malaysia dan kami sangat teruja untuk menjadi negara pertama di rantau ini melancarkan Q8 e-tron. Kenderaan mewah dan berprestasi tinggi ini sememangnya amat ditunggu-tunggu. Ia sudah bersedia untuk menawan hati serta imaginasi rakyat Malaysia yang mahukan pilihan mobiliti lebih mapan dan mesra alam.

Static photo, Colour: Madeira Brown metallic.

“Bukan itu sahaja, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ini hanyalah satu permulaan. Ini kerana kami sudahpun berusaha untuk membawa masuk lebih banyak model e-tron ke sini termasuklah flagship SQ8 dan Q6 e-tron yang akan membuat debut global hujung tahun ini,” tambah Erik. 

Momentum jualan EV di Malaysia dibantu oleh insentif kerajaan dan kerjasama industri untuk mencapai sasaran kerajaan mempunyai 1.5 juta EV di Malaysia menjelang tahun 2040. Audi percaya peralihan kepada kenderaan elektrik akan berterusan kerana mobiliti elektro semakin mendapat perhatian pada masa depan. 

Percuma Pengecas Kompak e-tron dan Kredit JomCharge bernilai RM1,000 

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan, semua model didatangkan dengan e-tron Charging System Compact mudah alih untuk memberi kemudahan mengecas di mana-mana sahaja. 

Sistem itu terdiri daripada satu unit pengecas kompak pintar dan kabel – pasang sahaja pada kereta dan ke soket standard di rumah dengan output 1.8kW hingga 2.3 kW atau menerusi bekalan kuasa tiga fasa yang mempunyai output 11kW. Pengecasan boleh ditetapkan kepada 100 dan 50 peratus kuasa pada unit pengecasan bagi mengelakkan berlakunya masalah terlebih beban kepada sistem elektrikal rumah. 

Sebagai manfaat tambahan, pemilik juga akan menerima kredit JomCharge berjumlah RM1,000 secara percuma dengan tempoh sah selama setahun.

GALERI

Google ads
Back to top button