Artikel Pilihan

BETUL KE LEPAS 8 TAHUN BATERI EV ROSAK DAN JADI BESI BURUK?

Kereta berkuasa elektrik atau battery Electri vehicle atau singkatannya EV adalah satu teknologi baru yang diperkenalkan pada pengguna. Jadi adalah menjadi kebiasaan untuk pengguna sukar memahami teknologi baru seperti kereta elektrik dan juga tempoh jaminan yang ditawarkan.

Sebagai contoh jika anda rajin membaca risalah jualan kereta elektrik samaada risalah fizikal ataupun atas talian, anda akan dapat membaca “tawaran jaminan pengeluar terhadap bateri ialah 160,000km atau 8 tahun”.

Jika sekadar baca sahaja ia akan menimbulkan persepsi bahawa bateri EV akan rosak sepenuhnya selepas 160,000km. Keadaan ini juga menyebabkan pengguna merasakan EV tiada nilai jualan semula dan selepas itu EV akan rosak tersadai serta tidak boleh digunakan langsung.

Situasi ini adalah mitos yang viral di kalangan bakal pembeli yang tiada asasnya. Jaminan 8 tahun atau 160,000km (100,000 batu pemanduan) ini adalah undang-undang yang termaktub dalam undang-undang persekutuan Amerika Syarikat bagi menjamin hak-hak pengguna kereta elektrik di Amerika apabila kereta elektrik mulai dijual dengan meluas

Apabila negara lain cuba memperkenalkan EV di negara mereka, undang-undang ini telah menjadi rujukan tidak rasmi bagi melindungi hak pengguna EV. Dalam tempoh jaminan, pengeluar wajib mengganti bateri sekiranya rosak atau kesihatan bateri (State of Charge) merosot sehingga 60-70% berbanding 100%

Apa jadi pada bateri lepas 8 tahun?

Sama seperti enjin kereta, kesihatan bateri atau State of charge (SOC) akan merosot, susah nak dapat 100% semula walaupun telah dicaj. Bateri EV mungkin hanya boleh dicaj sehingga 90%, 80% atau 70%. Keadaan ini bergantung pada pengeluar dan cara kita menggunakan EV, cara pandu EV dan caj EV.

Dalam sesetengah keadaan ada pemilik Tesla melaporkan selepas dipandu 250,000 batu pun, Tesla milik mereka masih mengekalkan 90% SOC. Pengeluar seperti BYD dimana bateri Blade dihasilkan sendiri oleh BYD memberi jaminan bahawa sele[as 8 tahun atau 4000 kali caj sehingga 100% , Blade Battery masih boleh mengekalkan 70% SOC

Blade Battery dihasilkan dengan formula Lithium Iron Phosphate (LFP) merupakan bateri paling tahan lasak yang dihasilkan oleh BYD. Berbeza dengan bateri lithium NCM yang dihasilkan oleh pengeluar lain, Blade Battery boleh dicaj 100% setiap kali sesi pengecasan.

Sedangkan bateri lithium ion konvensional hanya boleh dicaj sehingga 80% sahaja untuk kegunaan harian bagi menjaga jangka hayat bateri. Anda hanya boleh mengecaj sehingga 100% jika perlu memandu untuk jarak jauh. Bagi Blade Battery, anda boleh caj 100% tanpa masalah

Dalam ujian Nail Penetration Test, Blade Battery juga tidak terbakar dan tidak membebaskan gas Oksigen sekiranya bateri ini ditembusi objek tajam. Malah suhu luaran bateri ini adalah kekal sekitar 30-60 darjah Celcius sahaja

Di negara maju, bateri EV ni akan repurpose balik (dikitar semula) menjadi power bank untuk kegunaan rumah kediaman. Kita boleh caj bateri ini menggunakan sistem solar dan gunakan bateri ini untuk kegunaan rumah kediaman. Anda tidak perlu lagi bergantung pada grid nasional untuk tenaga elektrik rumah anda

Google ads
Back to top button