Buletin

HYUNDAI INSTER 2025 BAKAL DILANCARKAN BULAN INI – JARAK GERAK 355KM, ANGGARAN HARGA RM127K

Hyundai memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaru yang dijangka akan bersaing dengan pesaing dari China, dikenali sebagai Hyundai Inster 2025.

Berdasarkan model petrol Hyundai Casper yang hanya terdapat di pasaran Korea Selatan, Hyundai Inster menjanjikan jarak pemanduan sehingga 355km berdasarkan ujian WLTP Eropah.

Hyundai Inster adalah sebuah kereta kompak, lebih kecil daripada Toyota Yaris atau Volkswagen Polo, dan lebih kecil berbanding BYD Dolphin yang saiznya lebih hampir kepada Toyota Corolla atau VW Golf.

Kenderaan elektrik ini mengekalkan gaya serupa dengan Casper, namun foto perisik menunjukkan badan yang lebih panjang – dengan jarak antara roda depan dan belakang lebih besar – bagi memberikan lebih ruang untuk penumpang dan kargo.

Hyundai Casper berukuran sekitar 3.6 meter panjangnya, iaitu kira-kira 40cm lebih pendek dari Volkswagen Polo, dan 70cm lebih pendek daripada BYD Dolphin.

Imej teaser dikeluarkan sebelum pelancaran penuh Hyundai Inster pada akhir bulan Jun menunjukkan kereta elektrik bandar ini akan menggunakan lampu ‘pixel-graphic’ yang diilhamkan oleh rangkaian kereta elektrik Hyundai Ioniq.

Belum ada spesifikasi lanjut yang diumumkan selain daripada jarak pemanduan maksimum 355km dalam ujian WLTP Eropah.

Pesaing Hyundai Inster di Eropah termasuk Dacia Spring yang berharga sekitar €23,000 (RM117,013) dengan jarak pemanduan didakwa sejauh 220km, dan Fiat 500e, berharga €29,490 (RM150,026) di Jerman.

Harga rasmi belum diumumkan, namun laporan luar negara mencadangkan harga antara €20,000 (RM101,747) dan €25,000 (RM127,185) di Eropah.

Harga ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan pesaing seperti BYD dan GWM.

Maklumat lanjut mengenai Hyundai Inster 2025 akan diumumkan pada pelancaran penuh di Busan motor show di Korea Selatan pada akhir bulan Jun.

GALERI:

Google ads
Back to top button