Motosikal

YAMAHA NMAX TURBO TECH MAX DEBUT DI INDONESIA – MOD TURBO, TRACTION CONTROL

Yamaha Motor Indonesia telah memperkenalkan Yamaha NMax Turbo Tech Max dalam satu pelancaran global yang berlangsung di negara itu pada Rabu. 

Bagi tahun 2024, Yamaha NMax Turbo Tech Max bukan sahaja hadir dengan reka bentuk baharu malah turut dipadankan dengan pakej elektronik dan kelengkapan baharu. 

Reka bentuk

Generasi terbaru Yamaha NMax ini tampil berbeza terutamanya melibatkan lampu hadapan yang kini terdiri dengan unit LED projektor yang dipadankan dengan DRL (daytime running light). Lampu belakang juga kini terpisah sementara lampu isyarat ditetmpatkan di bahagian bawah. 

NMax Turbo Tech Max ini turut dilengkapi dengan Comfort Seat yang menawarkan keselesaan lebih baik. 

Enjin dan YECVT

Meskipun rupa keseluruhan berubah namun NMax Turbo ini masih lagi dipacu enjin satu silinder 155cc Bluecore VVA yang menjana 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm. Namun, bahagian CVT telah dinaik taraf kepada sistem baharu yang dinamana Yamaha Electric CVT (YECVT). 

Menurut Yamaha Motor Indonesia, dengan adanya YECVT penunggang akan merasai daya pecutan yang lebih baik dan meningkatkan tork kepada 14.2Nm pada 6,500rpm. 

Selain itu, YECVT ini juga hadir dengan dua mod menunggang; T-Mode (Town Mode) dan S-Mode (Sport Mode) yang boleh diakses menerusi butang ‘Mode’ pada ‘handlebar’ di bahagian kiri. 

Timbalan Pengarah Pemasaran Yamaha Indonesia, Antonius Widiantoro menjelaskan bahawa dengan sistem YECVT, NMax Turbo ini hanya memerlukan 7.2 saat untuk mencapai 100km/j sementara varian Standard memerlukan 7.43 saat. 

Sementara itu, ciri Turbo pula boleh diaktifkan menerusi butang ‘Y-Shift’ yang membolehkan penunggang merasai pecutan ala turbo menerusi 3-tetapan; Low, Medium dan High. Y-Shift ini juga membantu menurunkan kelajuan jentera menerusi kaedah ‘engine braking’ ketika menurun bukit atau ketika memasuki selekoh. 

Elektronik

Yamaha NMax Turbo Tech Max ini turut menawarkan pelbagai ciri elektronik terkini termasuk fungsi Y-Connect, sistem Smart Key (keyelss), ABS dwi-saluran, serta port pengecas USB. 

Namun, ciri utama yang menonjol adalah panel meter TFT berwarna yang diintegrasikan bersama sistem navigasi Garmin seperti yang terdapat pada XMax dan TMAX. 

Selain itu, skuter ini juga menawarkan ruang simpanan 25L dan tangki bahan api berkapasiti 7.1L.

Dalam pada itu, Yamaha Indonesia turut memperkenalkan NMAx Turbo Tech Max Ultimate yang dilengkapi dengan Performance Damper yang bertindak meningkatkan kestabilan jentera ketika menunggang. 

Bagi pasaran Indonesia, Yamaha NMax Turbo Tech Max ini djual pada harga IDR43.25 juta (RM12.5). 

GALERI: YAMAHA NMAX TURBO TECH MAX

Google ads
Back to top button