Motosikal

TDM TERIMA ASET BAHARU, MOTOCROSS SCRAMBLER WMOTO SXR 300CC

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima aset baharu, motocross Scrambler WMOTO SXR 300cc dalam melaksanakan Ops Benteng.

Majlis simbolik penyerahan motosikal tersebut disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dengan disampaikan replika kunci oleh Pengarah Syarikat Global Mahawangsa Sdn. Bhd., Datuk Cham Nong Aliap di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen.

Penyerahan Motosikal Scrambler 300cc itu merupakan perolehan mobiliti TDM bagi Fasa 2.

Menurut laman rasmi Facebook TDM, penerimaan aset terbaharu itu bertepatan dengan Tonggak Pertama PTD Ke – 28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Hadir sama ialah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM sejajar dengan pematuhan SOP dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. –FB ATM

Google ads
Back to top button