Buletin

HYUNDAI KONA N, BAKAL GUNA TRANSMISI 8 KELAJUAN DCT

Apabila Hyundai menggunakan huruf N pada model keluaran mereka, ini bermaksud mereka sangat serius. N bagi Hyundai bermaksud Nurburgring dimana model prestasi tinggi diuji dan juga Namyang dimana terletaknya pusat R&D mereka yang pertama. Bagi kami, N bermaksud Noughties.

Bagi mengukuhkan jenama Hyundai dalam pasaran crossover, Hyundai bakal melancarkan Hyundai Kona N yang akan menggunakan tramsmisi Klac Berkembar basah dengan 8 kelajuan berbanding hanya 7 kelajuan bagi model biasa.

Transmisi 8 kelajuan ini dibangunkan sendiri oleh Hyundai secara in-house dengan memberi penekanan kepada ketahanan dan talaan ECU yang berbeza dari DCT 7 kelajuan dengan 8 kelajuan. Transmisi baru ini juga bakal menampilkan 2 motor elektrik yang akan mengepam cecair hidraulik bagi membantu proses sejukan

Penggunaan pam baru ini akan membolehkan transmisi ini mengawal lebih banyak kuasa dan kecekapan mekanikal. Selain dari itu ia bakal menampilkan mode N Grin Shift, N Power Shift dan juga Track Sense Shift. N Grin Shift membenarkan transmisi ini menerima lebihan kuasa (overboost) selama 20 saat sebelum perlu disejukkan selama 40 saat

Power Shift pula akan diaktifkan apabila ECU mengesan pemandu menggunakan sehingga 90% kuasa enjin untuk menukar gear dengan penukaran pantas. Track Sense Shift pula menawarkan penukaran gear secara agresif dengan mengawal gear dan masa penukaran gear yang tepat.

Sistem pengaturcaraan transmisi ini juga datang dengan fungsi pintar yang tidak akan membenarkan anda menukar gear dengan cara yang bahaya sehingga menjahanamkan DCT. Untuk pasaran Amerika, model Hyundai Kona N akan ditawarkan pada Disember 2021

Enjin 2000cc turbo yang dipadankan dengan transmisi ini akan menghasilkan 276 kuasa kuda dan 392Nm tork. Kuasa akan dihantar ke roda depan dengan transmisi DCT 8 kelajuan dan dijinakkan dengan limited slip differential.

Google ads
Back to top button