Buletin

HYUNDAI TAWAR PROGRAM PAJAKAN GRAND STAREX, BERMULA RM2,800 SEBULAN

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan Program Hyundai Grand Starex Smart Lease hasil kerjasama dengan Sime Darby Rent A Car (SDRAC). 

Program itu menawarkan program pajakan dengan penjimatan hebat kepada syarikat, perniagaan dan individu untuk tempoh tiga hingga lima tahun. 

Pelanggan yang mendaftar dengan program itu akan menikmati pengalaman memandu sebuah kereta baharu tanpa perlu bimbang tentang permohonan pinjaman, kos penyelenggaraan jangka panjang, cukai jalan, insurans, nilai jualan semula atau bagaimana untuk melupuskannya nanti. 

Mereka hanya perlu bersetuju untuk membuat bayaran bulanan tetap, deposit selama dua bulan dan yuran tempahan sebanyak RM500 ketika menandatangani Perjanjian Pajakan Pintar Hyundai. 

Program tersebut menawarkan empat varian Starex iaitu Standard Corporate, Executive Plus tanpa bodykits, Executive Plus dengan bodykit dan Executive Prime.

Bayaran bulanan untuk varian Standard Corporate bermula serendah RM2,800 untuk program pajakan selama 5 tahun dengan had perbatuan 15,000km setahun. Ia turut melibatkan manfaat penukaran kereta selama tiga hari. 

Pelanggan boleh memilih untuk menaikkan had perbatuan kepada 30,000km atau 40,000km setahun dengan bayaran RM3,250 dan RM3,550 sebulan. 

Grand Starex ialah MPV mewah dengan kapasiti 11 tempat duduk. Ia dikuasakan oleh enjin diesel 2.5 liter yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik. Antara ciri menarik ialah tempat duduk baris kedua boleh dipusing, paparan monitor, sistem keselamatan dan banyak lagi. 

Selepas tempah pajakan tamat, pelanggan boleh memilih untuk memperbaharui dengan unit baharu. Program berkenaan menjanjikan penjimatan sebanyak RM17,000 bagi tempoh lima tahun. 

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan: www.hyundai.com.my/showroom/grand-starex 

Google ads
Back to top button