Artikel Pilihan

WALAUPUN MACAM KOTAK, TOYOTA ALPHARD TETAP RAJA MPV

Kerja designer Toyota ketika hasilkan Alphard tahun 2002 dulu muda. Ambil ilham kotak kasut Converse, gunakan Toyota K platform yang sama dengan Camry, letak tayar di bucu kotak, letak enjin di depan, susun 7 atau 8 kusyen. Tadaaa siap la sebiji MPV yang rupanya lawa sikit dari Proton Juara, tapi sangat laku tuan. Ia merupakan MPV paling laris keluaran Toyota di Jepun.

Tak kita bukan bercakap pasal rekaan Velffire atau Aplhard yang berkotak tapi mengapa MPV ini sangat laris di Jepun, Malaysia, Taiwan, Filipina dan dimana-mana sahaja ia dijual. Kami cuba mengulas kenapa Vellfire dan Alphard ini sukar untuk dicabar oleh pengeluar lain.

1. Sebenarnya yang memulakan trend MPV besar ini bukanlah Toyota, tapi musuh tradisi mereka iaitu Nissan dengan model Elgrand. Nissan Elgrand generasi pertama direka daripada Nissan Homy dan mula dijual pada tahun 1997 sehinggalah tahun 2002 tanpa sebarang saingan dari pengeluar lain.

2. Tambah menarik Nissan Elgrand ini digunakan oleh selebriti dan VIP di Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Thailand menjadikannya popular dengan tiba-tiba. Elgrand ini dipilih disebabkan ia menawarkan ruang yang luas dan mewah untuk penumpang

3. Tahun 2002 barulah Toyota lawan balik dengan melancarkan model Alphard yang dinamakan bersempena buruj bintang Hydra iaitu Alpha Hydrae. Singkatannya ialah Alphard bagi memberikannya maksud bintang yang bersinar-sinar. Ada 4 varian ditawarkan iaitu 2.4 (AWD atau FWD) dan 3.0 (AWD atau FWD)

4. Masa mula-mula dilancarkan, Alpard AH10 ini tak mewah sangat sebab ia dikategorikan sebagai minivan dengan kapasiti 7 atau 8 tempat duduk yang sesuai untuk keluarga besar atau digunakan sebagai kenderaan syarikat untuk membawa staf dengan lebih selesa berbanding dengan van biasa. Atau ia biasa digunakan sebagai teksi limosine di lapangan terbang.

5. Bila generasi kedua AH20 dilancarkan, Toyota menghasilkan 2 varian yang lebih jelas iaitu Alphard lebih kepada eksekutif dan ciri mewah yang diambil daripada Lexus. Versi Vellfire pula dihasilkan dengan ciri sporti untuk menarik golongan muda yang berkeluarga.

Di Jepun Alphard dijual di cawangan Toyopet manakala Vellfire dijual di cawangan NETZ Store. Versi kedua ini dihasilkan dalam 8 varian, dengan varian paling mewah 350G Premium dan Alphard Royal Lounge 4 tempat duduk sahaja

6. Generasi ke 3 dikenali dengan kod AH30 dilancarkan pada tahun 2015. Untuk generasi ke 3, Lexus telah menghasilkan sebuah MPV di bawah jenama mereka dengan model LM (Luxury Mover) dengan 2 varian. Varian 7 tempat duduk dan juga 4 tempat duduk sahaja.

Lexus LM juga paling panjang dengan 5040mm, lebar 1850mm dan jarak antara roda ialah 3000mm. Ia menghasilkan ruang dalaman yang sangat luas bagi penumpang, nak berdiri pun boleh.

7. Tapi sebenarnya disebabkan saiz Alphard/ Vellfire secara purata memiliki panjang sekitar 4935mm, lebar 1850mm dan 1950mm, tambah pula dengan berat sekitar 1900kg dan menggunakan enjin antara 2500 dan 3500cc menjadikan cukai jalan bagi Vellfire/Alphard di Jepun ini sangat mahal bagi kegunaan persendirian

8. Namun bagi cukai jalan untuk kegunaan perniagaan, ia lebih rendah berbanding cukai persendirian. Sebagai contoh cukai jalan Toyota Alphard 3.5 mencecah sekitar RM 2310 (persendirian) dan RM 713 bagi kegunaan perniagaan.

Atas sebab faktor cukai Jepun, Mazda tidak menjual Mazda CX-9 di sana sebaliknya perlu membangunkan Mazda CX-8 bagi pasaran model Jepun

9. Tapi Alphard dan Vellfire ini kekal popular di kalangan pemilik syarikat, selebriti, pemimpin, dan juga dijadikan kenderaan bagi keluarga yang besar disebabkan faktor saiz yang besar, selesa, harga unit reconddition yang munasabah dan banyak varian yang ditawarkan. Berpuluh-puluh varian yang ada sesuai dengan poket pembeli

10. Varian paling murah datang dengan 8 tempat duduk, varian pertengahan datang dengan 7 tempat duduk (2-2-3), ada yang datang dengan 6 tempat duduk dan paling mewah 4 tempat duduk. Bergantung pada kegunaan anda, mungkin yang paling sesuai untuk pengarah syarikat atau pemimpin ialah 6 atau 7 tempat duduk.

Sementara pemandu membawa anda ke tempat lain atau ke program lain, anda boleh tidur sekejap. Ruang belakang digunakan untuk memuatkan baju, fail pejabat dan anda boleh menukar baju dalam kereta dengan selesa.

11. Susunan ruang dalaman dan kawalan pemandu pula mirip seperti sebuah kereta sedan biasa menjadikan pemandu baru tidak kekok dengan pemanduan Alphard/Vellfire. Malah bagi model terbaru, Toyota menggunakan rekaan sistem suspensi double wishbone pada roda belakang untuk menambah kestabilan ketika memandu.

12. Setakat ini tiada pesaing yang boleh membuktikan yang mereka layak mencabar de-facto Alphard/Vellfire. Nissan Elgrand sudah lama tiada model baru, Honda Elysion susah nak nampak di Malaysia, yang ada cuma Odyssey. Hyundai Starex lebih kepada people mover, bukannya MPV mewah.

Mercedes V-Class pun ada, tapi harga 2 kali ganda dari Alphard/Vellfire. Kia Carnival 2.2 Turbodisel lebih power, tapi tak cukup tinggi.

2019.11.19

13. Mercedes E Class atau BMW 5 Series mungkin lebih bergaya, namun ia tidak mampu bersaing dari segi ruang yang ditawarkan. Maka tinggal la Alphard/Vellfire popular tanpa persaingan menjadikannya antara default choice apabila hendak membeli kereta baru yang besar. Jadi jangan hairan kalau semua jiran anda yang pakai, pemimpin parti politik guna, artis pun beli dan saudara anda yang ada anak ramai pun guna Raja MPV ini.

Google ads
"
"
Back to top button