Buletin

NISSAN LANCAR TERRA FACELIFT 2021 DI THAILAND. BERMULA RM152,300

Selepas dilancarkan di pasaran Asia Barat, Nissan memperkenalkan model facelift Terra di Thailand. Menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerimannya, Terra tampil dengan beberapa perubahan agar kelihatan lebih agresif. 

Fascia hadapan kini dipasang dengan lampu quad LED berbentuk C dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Penampilan itu diserlahkan lagi dengan gril V-Motion yang lebih besar. Dari arah sisi, SUV yang dibina di atas platform trak pikap Navara itu dipasang dengan rim 18 inci. 

Bahagian belakang pula dibezakan dengan lampu LED baharu dan kemasan krom. Bampar dengan reflektor dan kemasan perak pada bahagian bawahnya memberikan gayaan yang lebih sporty. 

Ruang kabin kini nampak lebih segar menerusi gabungan tona hitam dan merah gelap. Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh bersaiz 9 inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Penambahbaikan pada bahagian dalaman diserlahkan lagi dengan sistem audio Bose bersama lapan unit pembesar suara. 

Terra 2021 dikuasakan oleh enjin diesel turbo bersesaran 2.3 liter yang mampu menjana 188hp dan tork 450Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan dan pacuan empat roda. 

Dari segi keselamatan, Terra dilengkapi Safety Shield Nissan yang terdiri daripada brek kecemasan automatik (AEB), lane departure warning, 6 beg udara dan kawalan kestabilan. Varian lebih tinggi ditambah dengan ciri pemantau titik buta, rear cross traffic alert (RCTA), kamera 360 darjah dan Pengesan Objek Bergerak (MOD). 

SUV itu ditawarkan pada harga bermula 1.199 juta baht (RM152,300) bagi varian E 2WD hingga 1.499 juta baht (RM190,400 untuk varian VL 4WD. Pelanggan boleh memilih daripada empat warna iaitu putih, perak, hitam dan kelabu. 

GALERI

Google ads
Back to top button