Buletin

PENGGUNA IPHONE SUKA HONDA, PEMILIK ANDROID PULA PILIH DODGE – CAMBRIDGE ANALYTICA 

Satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat analitik, Cambridge Analytica mendedahkan bahawa pengguna telefon pintar iPhone lebih menggemari kereta Honda. Manakala pemilik telefon pintar Andorid pula memilih kenderaan jenama Dodge. 

Perbezaan dia antara kedua jenama kereta itu ialah 2.3 peratus. Walaupun angka itu kelihatan kecil, namun sebenarnya ia merupakan jurang paling besar di antara pemilik iPhone dan Android setakat ini. 

BMW berada di tempat kedua dengan 1.8 peratus pengguna iPhone sukakan jenama itu berbanding pemilik Android. Menurut laporan sama, mereka juga gemarkan jenama kereta Chrysler dan Hyundai, selepas Dodge. 

Kaji selidik itu diambil daripada satu pangkalan data merangkumi 220 juta rakyat Amerika.  

Selain kecenderungan terhadap jenama kereta, ia turut mendedahkan jenama pakaian kegemaran responden. Pengguna iPhone memilih jenama H&M dari Sweden, selain Forever 21, Nike dan Nordstorm Rack dalam tempoh enam bulan terakhir ini. Sementara pengguna Android dikatakan lebih menyukai jenama Levi’s. 

“Kami mendapati pengguna iPhone secara umumnya lebih kerap mengunjungi pusat membeli-belah,” kata penyelidik dari Cambridge Analytica. 

Beralih kepada tabiat dan aktiviti harian yang lain, Cambridge Analytica mendapati pengguna Android gemar mencari berita-berita bersifat tempatan. Mereka juga melayari laman web berita konservatif seperti Breitbart. 

Biarpun begitu, pengguna iPhone dilihat 4 peratus lebih berminat untuk mengikuti berita politik, semasa dan membaca. Sementara 5 peratus pemilik Android mempunyai minat lain iaitu memasak. 

sumber: fortune.com

Google ads
Back to top button