Buletin

MARQUEZ, SEORANG JAGUH DENGAN SIFAT TERPUJI

Baik di mana team yang ada sokong, satu perkara yang tidak boleh dinafikan terhadap pelumba ini ialah sifat peribadinya. Marquez Marquez memang seorang pelumba “ajaib” yang tak pernah kehabisan tenaga.

Lihat sahaja aksinya setiap kali di litar. Lepas perlumbaan, dia boleh melompat, memanjat pagar, meraikan bersama pasukan, bergelak ketawa, bersalaman dengan semua orang dan tak pernah lokek melemparkan senyuman. Anak muda ini bukan sahaja hebat di litar, malah beliau turut dihormati rakan dan lawan.

Dia tak pernah salahkan motor, ECU, ketua jurulatih, litar senget, helmet ketat, racing suit tersepit testis, cuaca, mak masak tak sedap ataupun makwe merajuk. Kalau tak menang dan media tanya – dia akan bagi komen selalunya tentang diri sendiri. Tak cukup berusaha katanya. Selalunya lah.

Selepas pusingan perlumbaan di Argentina yang lepas, Marquez pulang ke Sepanyol untuk satu sesi temuramah bersama Corsedimoto. Ia adalah acara sembang santai dan perkara yang paling hangat dalam sesi ini ialah aksi bersalaman dengan Rossi – seteru utamanya sejak dahulu.

Ini menarik kerana kali terakhir, Valentino Rossi menolak untuk berjabat tangan dengan Marquez sebelum perlumbaan di litar Misano tahun lalu. Di Argentina, Rossi pula yang menghulurkan salam kepada anak muda ini.

Hal ini menjadi viral dengan pantas kerana media memang menyukai Rossi dari dulu. “Semua yang terjadi adalah disebabkan Rossi memang disukai media dlaam MotoGP, jadi apa yang berlaku akan cepat viral.

“Dengan apa yang beliau lakukan pada usia 40 tahun, sesuatu yang menakjubkan. Semangatnya, motivasinya”

Media juga bertanya tentang kemungkinan satu hari nanti beliau dan Rossi mungkin berada dalam pasukan yang sama, Marquez menjawab: “Kita tak akan tahu, mungkin ia terjadi pada usia 50 tahun?. Tapi sebenarnya memang sukar untuk menjangkakannya”

Memberi komen tentang hubungan peribadi beliau dengan Rossi;

“Mengenai perkara yang terjadi tahun lepas, saya tak ada masalah akui kesilapan saya, dan kerana itu juga saya meminta maaf. Yang penting ialah mengakui bahawa kita melakukan kesalahan. Namun tahun ini semuanya dah berubah, semuanya dah kembali ke posisi sediakala”

“Untuk berkawan rapat dengan pelumba lain, baik Rossi atau pelumba lain adalah sukar, hampir kepada tak mungkin. Kerana ada persaingan di litar. Tapi di luar, mesti ada rasa saling hormat-menghormati”

Tags
Google ads
Back to top button