BELAJAR MEMANDU DENGAN DODGE CHALLENGER – LAKU KERAS SEKOLAH MEMANDU NI RASANYA
Kereta-kereta power macam Dodge Challenger ni mungkin dan berada di penghujung usia dan bakal digantikan dengan nadi elektrik. Tapi ia tetap akan dikenang sebagai sebuah kereta ikonik dari AS.
Walaupun ia mungkin tidak berapa popular di Eropah ataupun Asia namun tak bermakna ia tidak dikenali ramai. Malah nampak ada sekolah memandu di Bulgaria yang menggunakan peluang untuk meningkatkan perniagaan mereka menggunakan Dodge Challenger terpakai?
Bisnes apa? Ubat kuat lelaki ke kain tudung jerung? Dua-dua tak betul tapi ia akan digunakan sebagai kenderaan belajar memandu. Dodge Challenger 2012 ini akan digunakan oleh sekolah memandu tersebut untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Alahai bestnya. Kami dulu dulu belajar pakai Datsun 130Y je.
Kereta mungkin nampak baharu sebab bahagian hadapannya telah dinaik taraf kepada Challeger baharu. Penutup bonetnya juga diambil daripada Challenger Demon tetapi ia tidak menggunakan enjin 6.2 liter V8 supercharged.
Lebih tepat lagi ia hanya menggunakan enjin 3.6 liter V6 Pentastar dan diubahsuai supaya boleh beroperasi dengan LPG. Bulgaria merupakan antara negara di Eropah mempunyai peratusan kenderaan berkuasa LPG tertinggi. Ini kerana ia adalah lebih murah dan bersih berbanding petrol ataupun disel.
Kereta otot spesifikasi rahmah ini sebenarnya mampu menjana 305 hp kuasa maksima tapi penggunaan LPG mungkin membuatkan angka tersebut kurang tepat kemungkinan besar lebih rendah. Namun percayalah yang ia sebenarnya jauh lebih berkuasa dari kereta belajar memandu yang ada di seluruh Malaysia.
Harap cikgu-cikgu sekolah memandu di sana lebih berhati-hatilah masa mengajar dengan kereta ini. Jangan biar pelajar memandu dan cikgunya sibuk mengunakan telefon pintar.