Artikel Pilihan

ENAM DODGE CHALLENGER SRT HELLCAT BAHARU DILARIKAN PENCURI – GONE IN 40 SECONDS MAA

Kecurian kereta di Amerika Syarikat ni dah capai tahap industri kot? Kecekapan kumpulan pencuri ni pun dah tahap komando gayanya. Terbaru berlaku sekitar jam 2 pagi Selasa lepas di mana enam buah Dodge Challenger SRT Hellcat dilarikan dalam masa kurang satu minit. Ini lagi hebat dari geng Memphis Raine.

Ketika artikel ini ditulis, lima buah sudah ditemui manakal semua lagi masih gagal dikesan.

Kerugian ditanggung syarikat kereta terbabit dianggarkan sebanyak USD600,000 (RM2,670,000)! Fuh, mau terduduk beb. Pencuri dikatakan memecah tingkap belakang, masuk ke dalam bangunan, ambil kunci dan terus memandu keluar dalam masa kurang satu minit. Ini dah tahap pencuri kayangan.

Menurut pengurus syarikat terbabit, sekumpulan tujun individu berjaya melarikan enam buah Hellcats dalam masa 40 saat sahaja. Sebaik sistem penggera diatasi, mereka mempunyai masa selama 60 saat sebelum ia berbunyi tapi kesemua pencuri dan kereta sudahpun beredar 20 saat sebelum penggera berbunyi. Polis pula bertindak balas dalam masa tiga minit. Oo sakit kepala sungguh.

Sebaik keluar dari kawasan bilik pameran, kesemua kereta yang dicuri berpecah ke laluan yang berbeza. Bijak sungguh tapi lima unit berjaya dikesan pihak polis dalam masa 24 jam dan kesemua pemandunya ditahan.

Satu unit musnah dalam kemalangan sewaktu kejar-mengejar manakala empat unit lagi ditemui di pelbagai lokasi termasuklah Tennessee dan Alabama. Ada sebuah yang kehabisan petrol, ada juga amaturnya kat situ. Kereta keenam masih gagal ditemui tapi polis percaya ia masih berada di Alabama berdasarkan data GPS.

Google ads
Back to top button