Buletin

REMAJA BAWAH PENGARUH DADAH CURI BULLDOZER – LENYEK DODGE CHARGER MILIK POLIS PERONDA 

Seorang remaja berusia 18 tahun dari Illinois, Amerika Syarikat membuatkan sekumpulan polis terpaksa bertungkus-lumus pada awal pagi. 

Aksi tersebut dirakam oleh kamera kereta polis. Walaupun kurang jelas, namun situasi itu memang berbahaya dan mencemaskan. 

Austin White yang dilaporkan berada bawah pengaruh dadah telah mencuri sebuah bulldozer dari kawasan pembinaan di Kankakee. Kecurian yang berlaku pada pukul 3.00 pagi 24 Ogos lalu itu menggemparkan kawasan sekeliling.

White dikatakan memandu bulldozer tersebut hampir 20 minit sebelum dikesan oleh seorang anggota polis yang sudah habis bertugas, sebelum dia memanggil untuk mendapatkan bantuan. 

Walaupun diarahkan beberapa kali, White enggan berhenti. Malah, dia mengundurkan bulldozer seberat 20 tan itu dan melanggar sebuah kereta peronda polis. Mujurlah polis itu sempat melarikan diri. 

Polis terus mengejar White sejauh 12 blok bangunan. Seorang anggota polis yang berlari berjaya naik ke atas buldozer terbabit dan mencampak White ke bawah. White kemudian ditahan selepas terkena tembakan tazer.   

Dia kini berdepan enam tuduhan jenayah termauklah cubaan membunuh dan memandu di bawah pengaruh dadah. White juga tidak mempunyai lesen memandu. 

Google ads
Back to top button