Artikel Pilihan

IBU LETAK ANAK DALAM BONET DODGE CHALLENGER SAMBIL BERGERAK – MAK JENIS APA KAU NI SENAH?

Seorang ibu di Georgia hadapi tuduhan memandu dengan cuai dan langgar peraturan tali keledar bila meletakkan anak beliau dalam bonet Dodge Challenger yang dipandu di jalan raya. Sebaik video aksi tersebut tersebut menjadi tular pihak polis segera bertindak mengesan ibu tersebut di rumahnya. Beliau segera ditahan bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan dan menunggu tarikh perbicaraan.

Gwinnet County Police mendapat informasi kejadian dari pihak ketiga yang menonton video tersebut dalam talian. Video tersebut jelas menunjukkan seorang kanak-kanak berada dalam ruangan kargo dengan penutup bonet terbuka.

Pihak berkuasa segera menjalankan siasatan untuk menentukan pemilik kenderaan dan sama ada video tersebut baharu dirakam ataupun sudah lama.

Sebaik maklumat diperolehi pihak polis segera berkejar ke rumah wanita tersebut pada 27 Februari lepas. Pihak berkuasa mendapati barangan yang berada di dalam boet bersama kanak-kanak tersebut ialah sejenis rak dan kanak-kanak tersebut disuruh ibunya supaya memegang barangan tersebut sepanjang perjalanan pulang dari pusat membeli-belah. Eh kau tak boleh ikat pakai tali ke Senah sampai nak gadai nyawa anak?

Polis mengambil serius kelakuan ibu tersebut dan segera menahan beliau atas dua kesalahan, memandu dengan cuai dan pelanggaran peraturan tali pinggang keledar. Beliau dimasukkan ke lokap Gwinnet County Jail sebelum dijamin saudara mara.

Kira dah bebas la buat sementara ni. Pelik-pelik orang kita pun setakat benarkan anak berdiri keluar ikut sunroof je. Itu pun dah cukup b*hl*l sebenarnya tapi rupanya perangai orang luar negara ni lagi pelik. Sabar je lah.

Google ads
Back to top button