Buletin

DODGE CHARGER – KERETA PALING DISAYANGI DI AMERIKA SYARIKAT

Strategic Vision telah menamakan Dodge Charger sebagai “Kereta yang paling disayangi di Amerika” untuk empat tahun berturut-turut.

Untuk makluman, Strategic Vision ialah sebuah firma perunding berasaskan kepada penyelidikan yang sangat berpengalaman dalam memahami sistem membuat keputusan dslam kalangan pengguna.

Menggunakan teknologi ValueCentred, khidmat Strategic Vision digunakan oleh banyak syarikat dalam senarai Fortune 100. 

“Dodge Charger menggambarkan kuasa, reka bentuk, prestasi dan kualiti. Sebab tulah ia menjadi model yang cukup disayangi oleh pemilik dan peminatnya,” kata Naib Presiden Kanan Strategic Vision, Christopher Chaney.

Strategic Vision mengambil masa selama 40 tahun untuk membangunkan matriks yang mampu mengukur emosi. Dikenali sebagai The Edwards Commitment Scale®, ia merakam maklum balas emosi daripada “Saya bencikannya” hingga “Saya sukakannya”. 

Dintegrasikan dengan Kajian Pengalaman Kenderaan Baharu (NVES), skala ini menjadi faktor penting dalam Indeks Sayang Pelanggan (CLI) yang mengukur aspek sayang dalam 120 aspek berbeza berkaitan pengalaman pemilikan sesebuah kenderaan. 

Untuk mendapatkan keputusan ini, Strategic Vision telah melakukan kaji selidik ke atas 34,064 pembeli kereta baharu yang membeli kenderaan mulai Oktober 2016 hingga April 2017 selepas 90 hari memperoleh kereta masing-masing.

Dodge Charger disifatkan antara sedan paling berkuasa di dunia. Untuk tahun 2018, Dodge telah menyusun semula rangkaian model Charger menerusi varian SXT, SXT Plus, yang menggunakan enjin Pentastar V-6 bersesaran 3.6 liter.

Selain enjin Pentastar V-6, Charger turut dikuasakan dengan pilihan enjin bersesaran lebih besar. Misalnya 5.7-liter HEMI® V-8 (varian R/T dan Daytona) serta enjin 6.4-liter HEMI V-8 pada varian R/T Scat Pack, Daytona 392 dan SRT 392.

Google ads
Back to top button