
GTA 6 BAKAL MENEMUI ANDA TAHUN HADAPAN – LAMA BETUL PERMAINAN NI BERTAHAN
Permainan video terkenal Grand Theft Auto VI bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan kali ini ia akan kembali ke Vice City. Berita ini disahkan oleh syarikat pengeluarnya, Take-Two Interactive dalam laporan perolehan suku tahun mereka. Lama betul permainan ni. Masa mula-mula main dulu abang masih bujang tapi sekarang pun abang muda lagi walaupun anak dah besar panjang.

CEO Take-Two Strauss Zelnick menyatakan keyakinan beliau bahawa permainan video terbaru mereka ini bakal memberikan pengalaman baharu dan impak komersial yang besar untuk semua.
Siri keenam GTA ini bakal berlatar belakang Leonida (menyamai Florida dalam dunia sebenar) dengan fokus utama kepada Vice City (Miami). Berbeza dengan GTA: Vice City asal keluaran tahun 2002 yang mengetengahkan zaman 80an, GTA terbaru ini mempunyai suasana yang lebih kontemporari dan moden.

Untuk gambaran lebih lanjut korang boleh tonton trailer kat bawah ni. Sebagai ibu bapa yang penyayang, abang memang tak galakkan anak-anak bawah umur bermain permainan GTA ni. Memang tak sesuai langsung. Dulu pun kami main sebab pengalaman memandu yang berbeza dari permainan perlumbaan. Adegan ganas-ganas untuk sekadar hiburan sudah la.