Buletin

IONIQ 5 SUDAH BOLEH DITEMPAH. 2 PILIHAN PEK BATERI. YURAN TEMPAHAN RM1,000 SAHAJA 

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa ia akan melancarkan model elektrik sepenuhnya, IONIQ 5 pada Mac ini. Justeru, IONIQ 5 kini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran sah Hyundai dengan yuran hanya RM1,000. 

Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan memberitahu Hyundai dijangka menerajui segmen kenderaan elektrik di Malaysia kerana akan lebih banyak model EV diperkenalkan dalam tempoh 3 tahun. 

“Kona Electric yang dilancarkan tahun lalu menerima maklum balas memberangsangkan apabila kumpulan pertamanya habis dijual. Kami menjangkakan permintaan terhadap IONIQ 5 akan melebihi permintaan Kona Electric. 

“Dengan penerimaan positif ini, kami akan memperkenalkan lebih banyak model elektrik kepada pelanggan,” katanya. 

IONIQ 5 dalam dua pilihan pek bateri iaitu 58kWh atau 72.6kWh. Pelanggan juga boleh memilih sama ada motor pada gandar belakang sahaja atau pada kedua-dua gandar. Semua variasi ini menawarkan jarak perjalanan terbaik dan pecutan maksimum sehingga 185km/j.  

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menyatakan IONIQ 5 menetapkan penanda aras dalam gaya hidup mobiliti elektrik menerusi ciri yang mapan dan inovatif. 

“Ia hadir dengan reka bentuk dalaman bersama material mesra alam, selain prestasi terbaik yang dipadankan bersama ciri pengecasan ultra pantas serta fungsi Vehicle-to-Load (V2L). Digabungkan dengan ketersambungan dan ciri bantuan pemandu termaju, IONIQ 5 menjanjikan pengalaman terbaik,” katanya. 

Bahagian hadapan IONIQ 5 diserlahkan dengan hud jenis clamshell pertama Hyudai yang meminimumkan jarak panel untuk meningkatkan tahap aerodinamik. Bampar hadapan pula tampil menawa dengan rekaan lampu nyalaan siang berbentuk V. Pandangan dari belakang nampak futuristik dengan kluster lampu piksel. 

Jentera tersebut dibangunkan di atas Electric-Global Modular Platform (E-GMP) Hyundai. Ia juga dipasang dengan rim bersaiz 20 inci, paling besar yang pernah dipasang pada EV Hyundai. 

Tempahan IONIQ 5 boleh dibuat menerusi platform Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau kunjungi mana-mana bilik pameran sah Hyundai. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 1300-13-2000 atau melayari laman web to www.hyundai.com.my untuk maklumat lanjut. 

Satu kotak pameran IONIQ 5 akan diletakkan di Centre Court, pusat membeli-belah 1 Utama bermula 2 hingga 6 Mac 2022. 

Google ads
"
"
Back to top button