Buletin

GEELY EMGRAND 2022 MASUK PASARAN FILIPINA. HARGA BERMULA RM65,000

Pengedar Geely Filipina, Sojitz G Auto Philippines Corporation (SGAP) mendedahkan model terbaharu Emgrand di pasaran negara terbabit.

Sedan terbaharu itu menawarkan dua varian iaitu Premium dan Comfort.

Varian Premium ditawarkan pada harga bermula P908,000 (RM74,279) manakala Comfort pula P798,000 (RM65,281).

Emgrand mendapat sentuhan enam warna pilihan seperti biru (Proud Teal dan Dark Blue), kelabu (Dark Grey), emas dan putih.

Model terbaharu itu dibangunkan berdasarkan Seni Bina Modular segmen B yang dicipta Geely Auto Group.

Rekaan luaran Emgrand menampilkan sentuhan moden dipadankan gril radiator baharu Energy Pulse.

Ia turut dipadankan lampu utama LED, lampu belakang yang menawarkan rekaan lebih premium dan rim 15 inci.

Dalam pada itu, varian premium hadir dengan lampu utama LED, rim aloi dwi tona 17-inci.

Lampu bahagian belakang turut didatangkan 190 mentol LED yang mempamerkan tiga corak cahaya berbeza apabila kereta dikunci atau dibuka dalam memberi kelainan kepada jentera itu.

Ruang dalaman pula, didatangkan upholsteri fabrik hitam, paparan infotainment 8-inci dan corong penghawa dingin belakang untuk memberi keselesaan kepada penumpang.

Berbeza dengan varian Premium yang mendapat sentuhan upholsteri suede kulit dwi tona berwarna biru-putih, instrumen digital 12.3-inci dan bumbung suria.

Emgrand dijana enjin petrol 1.5 liter dipadankan transmisi CVT dengan mod manual Tiptronic lapan kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa mencecah menjana 102 hp @ 5,600 rpm dan tork 142 Nm.

Dari segi aspek keselamatan, Emgrand 2022 didatangkan dua beg udara, ABS dengan EBD, kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan.

Selain itu, varian Premium pula hadir dengan penambahan beg udara pada bahagian sisi, kamera mengundur, sensor parkir dan pengesan kelajuan automatik.

Emgrand 2022 kemungkinan besar dapat memberi bayangan wajah baharu sedan PROTON.

Bila akan dilancarkan, kita sama-sama nantikan kelak. – zigwheels/topgear

Google ads
Back to top button