
JOAN MIR LAKAR SEJARAH DINOBAT JUARA DUNIA MOTOGP 2020
Joan Mir mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP 2020, menamatkan penantian 20 tahun Suzuki, dengan Franco Morbidelli memenangi Grand Prix Valencia, Sepanyol.
Dia merupakan salah satu pelumba yang meraih kejuaraan paling tidak dijangka dalam sejarah MotoGP.
Mir adalah juara baharu pertama MotoGP sejak Marc Marquez pada tahun 2013 dan menjadi pelumba pertama memenangi gelaran Moto3 dan MotoGP, selepas menamatkan GP Valencia di tempat ketujuh.

“Sukar dipercayai, saya tidak dapat gambarkan dengan kata-kata. Ini apa yang saya usahakan sepanjang hidup saya,” kata Mir.
Kali terakhir pelumba Suzuki memenangi kejuaraan dunia ialah pada tahun 2000 menerusi Kenny Roberts Jr.
Mir adalah adalah pelumba keenam dalam sejarah Suzuki memenangi kejuaraan dunia MotoGP.
- BACA: MOTOGP EMILIA ROMAGNO 2020: VINALES JUARA. BAGNAIA KECEWA, JOAN MIR SEMAKIN POWER
- BACA: INDONESIA JUGA SUDAH MEMPUNYAI PASUKAN MOTOGP SENDIRI UNTUK MUSIM 2021
- BACA: LANGGAR PROTOKOL PERUBAHAN TEKNIKAL, MATA PASUKAN MOTOGP YAMAHA DIPOTONG
- BACA: PEMINAT TEGAR MOTOGP BELI PELINDUNG VISOR JACK MILLER PADA HARGA RM23,000