MOTOGP EMILIA ROMAGNO 2020: VINALES JUARA. BAGNAIA KECEWA, JOAN MIR SEMAKIN POWER
Pelumba pasukan satelit Ducati, Pramac Racing, Francesco Bagnaia pasti sangat kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan di litar Misano sebentar tadi sebagai juara.
Selepas memimpin perlumbaan dari awal, nasib tidak menyelebelahi Bagnaia apabila terjatuh ketika saingan berbaki 7 pusingan. Minggu lalu, dia beraksi cemerlang untuk berada di kedudukan kedua di belakang Franco Mobidelli.
Ketika pelumba pasukan factory Yamaha, Maverick Vinales selesa berada di tempat pertama, saingan di kedudukan kedua dan ketiga lebih mendebarkan. Kemenangan itu membolehkan Vinales mengutip 25 mata, pertama untuk musim ini.
Pujian harus diberika kepada pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Joan Mir yang akhirnya berjaya berada di tempat kedua selepas memotong Pol Espargaro (KTM) dan Fabio Quartararo (Yamah SRT) pada saat-saat akhir.
Drama tidak berakhir di situ. Selepas berjaya memotong Espargaro untuk berada di kedudukan ketiga, Hasrat Quartararo untuk berada di podium berkecai kerana dia dikenakan panalti tiga saat.
Ini membolehkan Espargaro naik ke podium di belakang Joan Mir dan Vinales.
Sementara juara minggu lalu, Franco Morbidelli hanya berada di kedudukan ke-9.
- BACA: MOTOGP MISANO 2020: MORBIDELLI JUARA. BAGNAIA BUAT KEJUTAN. ROSSI KENA POTONG TANG KONAR
- BACA: JENTERA YAMAHA KUASAI LITAR JEREZ. QUARTARARO JUARA LAGI. VINALES, ROSSI DI TEMPAT KE-2 DAN KE-3.
- BACA: MOTOGP BRNO 2020: BRAD BINDER CIPTA KEJUTAN. SIAPA CAKAP KTM TAK LAJU?
- BACA: TIGA PERLUMBAAN MOTOGP BATAL MUSIM INI. MALAYSIA, ARGENTINA DAN THAILAND