
LANGGAR PROTOKOL PERUBAHAN TEKNIKAL, MATA PASUKAN MOTOGP YAMAHA DIPOTONG
Kegagalan mematuhi protokol perubahan teknikal yang digariskan oleh pihak MSMA menyebabkan mata pasukan Yamaha, Monster Energy Yamaha dan Petronas Yamaha SRT dipotong.
Untuk makluman, setiap pasukan yang bersaing dalam MotoGP perlu mendapatkan kelulusan daripada MSMA sebelum melakukan sebarang perubahan teknikal.
Perkembangan terbaharu itu menyebabkan Yamaha Motor Company menerima potongan sebanyak 50 mata bagi Kategori Pengeluar.
Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP pula dipotong 20 mata dan Petronas Yamaha SRT 37 mata.

Yamaha didakwa melanggar garis panduan homologasi enjin itu di litar Jerez. Pengeluar itu dikatakan menggunakan injap yang tidak sama dengan contoh/spesifikasi yang disediakan sebelum musim perlumbaan bermula.
Sehingga kini, masih tidak jelas sama ada enjin Yamaha Jerez 1 boleh digunakan untuk baki perlumbaan. Ini kerana perubahan injap memerlukan kelulusan daripada pasukan-pasukan lain.
Pemotongan mata itu mata menyebabkan senarai kedudukan pasukan berubah seperti berikut:
KATEGORI PENGELUAR:
Ducati – 171
Suzuki – 163
Yamaha – 158
KTM – 143
Honda – 117
Aprilia – 36
PASUKAN:Â
Team Suzuki Ecstar – 242
Petronas Yamaha SRT – 198
Ducati Team – 180
Red Bull KTM Factory Racing – 157
Monster Energy Yamaha MotoGP – 156
Pramac Racing – 128
Mata bagi pelumba bagaimanapun tidak terjejas.
- BACA: YAMAHA MT-09 2021, ENJIN TAMBAH CC DAN BANYAK BARANG BAHARU
- BACA: YAMAHA LANCAR EXCITER 150 âTHE FOUR KINGSâ 2021 DI VIETNAM. 4 PILIHAN WARNA BAHARU, HARGA RM8,752 SEUNIT
- BACA: YAMAHA PERKENAL MODEL NAKED MT-25, RM21,500 SEUNIT. PREBIU MT-15, MULA JUAL NOV 2020
- BACA: YAMAHA Y15ZR GP EDITION 2020. DAPAT SIJIL DAN JAM PINTAR. HARGA RM8,868