PEMINAT TEGAR MOTOGP BELI PELINDUNG VISOR JACK MILLER PADA HARGA RM23,000
Seorang peminat tegar MotoGP dari Australia sanggup berbelanja sebanyak £4,250 (RM23,000) untuk membeli sekeping pelindung visor yang menyebabkan pelumba pasukan Pramac Ducati Jack Miller terpaksa melupakan hasrat untuk berlumba di litar Misano.
Pelindung itu asalnya milik pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quatararo yang mencabutnya ketika memulakan perlumbaan di Misano. Malangnya, material plastik itu terbang ke belakang dan termask ke dalam enjin jentera Miller.
Insiden pelik itu menyebabkan pelindung berkenaan tersangkut dan Miller tidak dapat berlumba. Biarpun begitu, Miller menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan melekatkan pelindung tersebut pada dinding semasa perlumbaan di Barcelona.
Dia menyerahkan pelindung untuk kepada pihak Two Wheels for Life yang kemudian melelongnya. Seorang peminat MotoGP dari Australia yang mahu namanya dirahsiakan terus membelinya.
“Memiliki sekeping pelindung visor yang masuk ke dalam corong pengambilan udara jentera lumba di litar sememangnya satu memorabilia yang sangat unik. Sebagai seorang peminat tegar MotoGP, saya suka kepada semua pelumba.
“Saya juga sangat mengagumi bakat yang mereka miliki. Apa pun, saya ialah peminat Jack Miller dan Quartararo. Saya mempunyai hidup yang sangat bertuah dan sekarang berpeluang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
“Memandangkan wang bidaan itu akan digunakan untuk tujuan kebajikan, saya tidak kisah,” katanya.
Miller nyata terkejut dengan wang yang berjaya dikumpulkan dan menguji para pembida yang sanggup mengeluarkan wang demi kebajikan orang lain.