Buletin

JOHAN RAJA LAWAK LANCAR KEDAI MOTOSIKAL ELEKTRIK GGR X JOHAN

Pelakon dan penyampai radio terkenal, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, kini melangkah ke fasa baharu dalam dunia keusahawanan dengan pembukaan Pusat Pameran Motosikal Elektrik GGR x Johan di Taman Melawati.

Usaha ini dijayakan menerusi syarikat miliknya, Hanania Group Sdn. Bhd., yang sebelum ini dikenali dengan perniagaan restoran Itik Ke Ayam?.

Kali ini, Johan meneroka pasaran mobiliti hijau melalui kerjasama strategik bersama GGR Motor, sebuah jenama tempatan yang aktif dalam pembangunan motosikal elektrik (EV).

Dengan pembukaan cawangan baharu ini, Johan menjadi selebriti kedua selepas Farid Kamil yang bekerjasama secara rasmi dengan GGR Motor, sekaligus menandakan kemasukan aktif artis tempatan dalam sektor automotif hijau negara.

Ciri dan Spesifikasi GGR Motor Lion G1:

  • Tiga mod kelajuan fleksibel: 35km/j (mod 1), 45–55km/j (mod 2), dan maksimum 70 km/j (mod 3)
  • Pengecasan bateri: sekitar 6 jam untuk penuh
  • Penyelenggaraan minima: tiada servis enjin berkala; hanya tayar dan casing bateri perlu diselenggara
  • Kos operasi rendah: hanya bergantung pada bateri dan controller
  • Waranti: sehingga 50,000km
  • Pilihan warna: merah, putih, kuning, oren, biru cair dan merah jambu (akan ditambah biru dan hijau)

Dari segi harga, motosikal elektrik ini dijual pada RM3,999 seunit, namun dengan rebat kerajaan sebanyak RM2,400, pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,569 selepas potongan.

Rebat ini terbuka kepada mereka yang berpendapatan tahunan bawah RM100,000, dengan proses kelulusan sekitar dua minggu.

Pendaftaran dengan JPJ serta perlindungan insurans turut disertakan, manakala tiada cukai jalan dikenakan untuk kenderaan elektrik dua roda.

Google ads
Back to top button