Motosikal

PPMEM MOHON REBAT MARIICAS DISAMBUNG, GALAK PEMBELIAN MOTOSIKAL EV

Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM) mengharapkan program rebat MARiiCAS yang berjalan sebelum ini dapat diteruskan memasuki tahun 2026. 

PPMEM dalam satu kenyataan berkata rebat tersebut telah memberi impak positif terhadap pembangunan industri motosikal elektrik di Malaysia. Ini kerana menerusi program ini, rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati rebat RM2,400 dari harga jualan. 

Pelaksanaan rebat berkenaan bukan hanya menyumbang kepada perkembangan pasaran motosikal EV di Malaysia malah tuurt meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan motosikal EV disini. 

Bagaimanapun, pihak PPMEM menyuarakan kebimbangan ekoran tiada pengumuman tentang penyambungan program MARiiCAS terutamanya selepas Belanjawan 2026 dibentangkan baru-baru ini. 

Oleh demikian, PPMEM mengharapkan Kementerian Kewangan pertimbang untuk menyambung program berkenaan bersama-sama pihak MARii (Malaysia Automotive, Robotics and loT Institute). 

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa pihak Kementerian Kewangan sedang pertimbangkan penyambungan program tersebut ketika perkara itu dibangkitkan menerusi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat baru-baru inil 

Google ads
Back to top button