
BENTLEY SAMBUT TIGA ANNIVERSARI UNTUK TIGA MODEL SEDAN LAGENDA MEREKA
2025 menyaksikan tiga ulang tahun penting dalam sejarah Bentley, masing-masing kini disambut dengan tiga Flying Spurs yang cukup eksklusif. Model Siri T 1965, Turbo R 1985 dan juga Continental Flying Spur 2005 yang mana kesemua model ini telah memainkan peranan penting dalam menentukan sedan empat pintu Bentley, mencipta garis evolusi yang tidak terputus yang membawa kepada Flying Spur pada hari ini.

Sebagai memperingati detik penting tersebut, Mulliner, bahagian bespoke Bentley telah menghasilkan tiga Flying Spurs 2025, masing-masing menggemakan semangat dan kesan visual model yang sepadan. Setiap kereta baharu itu mencerminkan model asal yang memberi inspirasi sambil mengemas kini estetika untuk 2025, mempamerkan evolusi reka bentuk selama beberapa dekad.
Menariknya ketiga – tiga model asal masih lagi disimpan sebagai warisan sejarah di kampus Bentley, Crewe England meliputi T-Series, Turbo R dan Flying Spur W12.

T Series tribute: Flying Spur Azure
Dengan rangkaian kuasa Hibrid Berprestasi Tinggi 680 PS, prestasi Flying Spur Azure 2025 meletakkannya lebih tinggi daripada model asalnya yang cukup dihormati. Model ini menawarkan keselesaan dengan tempat duduk Bentley Dynamic Ride dan juga Bentley Wellness.
Kemasan luar Mulliner Flying Spur Azure ini disudahkan dengan layangan warna Shell Grey bagi mengingati asal usul daripada T-Series. Padanan roda aloi 22 inci enam bilah enam jejari menambahkan seri rupa luaran disamping warna asal yang telah dihasilkan semula oleh Bentley Paint Shop. Terdapat juga rekaan gril menegak dengan kemasan krom yang sekali lagi mengingatkan akan model asal T-Series tersebut.

Turbo R tribute: Flying Spur Speed
Model Flying Spur Speed ini sememangnya dikenali dengan kelajuan yang mengagumkan dengan Ultra Performance Hybrid mampu bergerak secara senyap dalam mod EV sehingga 76 km. Mana kala gandingan kuasa keduanya mampu menghasilkan kuasa sehingga 782 PS serta memecut hanya dalam tempoh 3.3 saat dari 0 – 60 mph.
Dan model ini Mulliner telah mengenakan warna Brooklands Green dengan roda aloi bersaiz 22 inci menggunakan warna kelabu. Logo Bentley di tengah roda aloi seperti biasa akan kekal tegak walaupun roda sedang bergerak.
Bahagian kabinnya memberikan penghormatan kepada model asal Turbo R dengan Linen sebagai tema utama dengan Cumbrian Green sebagai warna sekunder untuk sedikit berbeza.

Flying Spur tribute: Mulliner Flying Spur Speed
Ini adalah penghormatan Mulliner kepada model model Flying Spur 2005 y dengan layangan cat luaran Cypress dan roda aloi 10 jejari 22 inci dalam Satin Kelabu Gelap. Garisan pin yang dicat dalam Saddle menghiasi bahagian tepi bawah spoiler dan ambang gentian karbon untuk tampil lebih bergaya.
BACA : BENTLEY FLYING SPUR AZURE – MODEL SALON YANG CUKUP PREMIUM
BACA : KEMASAN CAT TERBAHARU DARIPADA BENTLEY OMBRE YANG MENAWAN

