Buletin

CHERY MALAYSIA UMUM STRATEGI PELBAGAI JENAMA DI CHERY INTERNATIONAL USER SUMMIT 2025

Chery Corporate Malaysia memainkan peranan penting di CHERY International User Summit 2025 di Wuhu yang bertemakan “Co-Create, Co-Define: The New Move.”

Acara tersebut menjadi platform bagi memperkenalkan strategi pelbagai jenama yang akan memperkukuh kedudukan Chery di pasaran Malaysia.

Antara jenama yang ditampilkan ialah CHERY, OMODA | JAECOO, iCAUR dan LEPAS, masing-masing disusun untuk memenuhi keperluan pengguna dari pelbagai segmen.

Acara ini turut menghimpunkan lebih 2,000 wakil dari lebih 100 negara, menandakan komitmen Chery terhadap pembangunan ekosistem global berpusatkan pengguna.

Majlis Brand Night menyaksikan pelancaran global SUV pelbagai fungsi 7 tempat duduk pertama di dunia yang boleh diubah suai mengikut kegunaan – hasil daripada maklum balas lebih 40,000 pengguna, termasuk dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, OMODA | JAECOO mencatat jualan global 32,840 unit pada September 2025, meningkat 39 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan lebih separuh terdiri daripada kenderaan tenaga baharu.

Selain itu, jenama ini juga memperkenalkan teknologi hibrid generasi baharu dengan kecekapan terma sehingga 48 peratus.

Sementara itu, iCAUR memperkenalkan konsep “New Classics” bagi kenderaan elektrik, menonjolkan gabungan gaya vintaj dengan teknologi moden, manakala jenama premium LEPAS bakal diperkenalkan di Malaysia pada separuh pertama 2026 dengan konsep “Elegant Technology” dan lapan model baharu dalam tempoh tiga tahun.

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, berkata sidang ini menandakan komitmen syarikat untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti menyeluruh dan memastikan setiap jenama di bawah Chery memenuhi kehendak serta cita rasa pengguna tempatan.

“Kami kini bergerak ke arah menjadi penyedia penyelesaian mobiliti menyeluruh. Dengan sinergi antara Chery, OMODA | JAECOO, iCAUR dan LEPAS, kami mampu memenuhi keperluan pelbagai segmen pengguna di negara ini,” katanya.

Google ads
Back to top button