Buletin

KAMM HASILKAN MODEL ISTIMEWA 912 BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN KE 60

KAMManufaktur meraikan ulang tahun ke-60 Porsche 912 dengan modelnya yang paling boleh dikoleksi, KAMM 912c 60th Edition lengkap dengan kemasan gentian karbon sepenuhnya. Model edisi terhad turut diberikan gaya pelekat yang unik dan butiran dalaman, serta warna cat khas bagi memperingati kejayaan model 912 dalam sukan permotoran, memastikan ianya layak berada dalam status pengumpul model istimewa daripada KAMM ini.

Menurut pengasasnya Miki Kázmér sememangnya beliau adalah merupakan seorang pengumpul sejati model Porsche 912 ini dan dengan penghasilan model yang cukup istimewa ini bagi meraikan ulang tahun ke 60 buat model sport ini adalah sesuatu peristiwa penting buat firma seperti KAMM ini.

Untuk yang tidak tahu, model Porsche 912 ini telah pun diperkenalkan pada tahun 1965 di New York Auto Show bagi menggantikan model Porsche 356 yang telah pun tamat produksi pada tahun yang sama. Namun jikalau diperhati, reka bentuk model 912 ini sememangnya mempunyai persamaan dengan model 911.

Senang cerita, 912 ini merupakan versi rahmah untuk model 911. Berbanding model 911 yang menggunakan enjin yang cukup berkuasa, model 912 ini hanya menggunakan enjin 1.6 liter untuk versi produksi massa. Sungguh pun demikian, model 912 hari ini masih lagi dikumpul dan dihormati oleh para pengumpul model Porsche.

Untuk rekod, sejumlah 32,000 unit model 312 ini telah dihasilkan diantara tahun 1965 hingga 1969 menjadikannya sebagai sebuah model yang popular sebenarnya di era tersebut. Ternyata tindakan Jurutera Porsche di kala itu untuk memilih enjin daripada model 356 yang hanya bersesaran 1.6 liter berbanding enjin 2.0 liter pastinya harga yang dijual lebih murah dan menjadikannya sebagai pilihan untuk rakyat marhaen.

Untuk model 912 istimewa daripada KAMM ini yang masih lagi menampilkan rekaan klasik dan retro di era 60an tetapi telah dilengkapi dengan penggunaan bahan gentian karbon secara meluas yang dibangunkan secara dalaman untuk memberikan berat yang paling minima, hanya 750 kg.

Dibangunkan di Budapest melalui pasukan pakar yang terbukti dengan mereka yang cukup berpengalaman termasuklah Singer, Koenigsegg, dan Porsche Motorsport, setiap perincian model 912 ini adalah berdasarkan kereta daripada penderma 912 klasik demi untuk memastikan keasliannya terbukti.

Walau pun tetapan enjin ini hanya menghasilkan 90 HP, kurang 5 HP berbanding ketika dipasang pada model 356 dengan berat yang lebih rendah berbanding model 911 memberikan kelebihan kepada model 912 ini dari segi pengendalian yang lebih jitu.

Enjin empat silinder telah mengalami proses binaan semula oleh KAMM untuk memastikan pengalaman pemanduan analog seperti keluaran di era 60an yang cukup klasik.

Warna Poland Red yang digunakan ini sebenarnya berinspirasikan daripada kemenangan pelumba dari Poland Sobieslaw Zasada yang memenangi kejuaraan European Rally Championship (Group 1) dengan memandu model 912.

Turut ditawarkan dengan pilihan warna Bahama Yellow yang berinsprasikan daripada perlumbaan rali yang berlangsung di Sweden pada tahun 1967.

Untuk keselesaan, model 912 ini turut menampilkan ciri model seperti pendingin hawa, pemanas kabin, pengecas telefon tanpa wayar dan juga sistem audio dengan fungsi Bluetooth. Paling penting pelanggan boleh memilih untuk ditala dengan spesifikasi jalan raya atau pun litar.

Pembeli juga akan mendapat helmet istimewa dan juga model skala yang turut akan menggunakan kemasan gentian karbon. Fuhhh!

BACA : INILAH SATU-SATUNYA PORSCHE 911 EMPAT PINTU DI DUNIA INI – ATOK PANAMERA NI

BACA : PORSCHE AKUI 911 KINI SEMAKIN GEMUK – JAGA SIKIT PEMAKANAN TU GAIS

Google ads

B K

Back to top button