Buletin

TOYOTA COROLLA HATCHBACK DAN COROLLA TOURING SPORTS 2025 GUNA FABRIK KITAR SEMULA, WARNA METAL OXIDE

Toyota Corolla Hatchback dan Touring Sports tampil menawan dan diperkenalkan secara rasmi pada 2018.

Maknanya usia kedua-dua model sudah melepasi angka lima tahun namun masih kelihatan segar dan menarik. GR Corolla pula tampil berbisa.

Kitaran hayat Corolla masih bersambung dan Toyota memperkenalkan ciri baharu untuk Hatchback dan Touring Sports.

Apa yang menarik adalah pemilihan warna baharu oksida merah atau Metal Oxide dan ditawarkan secara eksklusif dengan bumbung hitam untuk varian Excel dan GR Sport.

Perumah cermin sisi warna hitam kilat menggantikan warna sepadan dengan badan.

Satu lagi yang menarik adalah balutan kerusi untuk varian Design grade Hatchback dan Touring Sports dari fabrik kitar semula. Stereng dan tombol gear dibalut kulit tiruan bermutu tinggi.

Pengeluar kereta sekarang ini bukan sahaja berkempen tentang kelestarian rangkaian kuasa tetapi juga bahan yang digunakan untuk perkakasan.

Varian Design dilengkapi rim aloi 17 inci baharu dalam warna gosokan perak dan hitam.

Corolla pasaran Eropah dibekalkan rangkaian kuasa hibrid tanpa enjin pembakaran tunggal. Terdapat dua pilihan iaitu 1.8 liter 2ZR-FXE yang menghasilkan 140 kuasa kuda (hp).

Sebuah lagi pilihan iaitu 2.0 liter M20A-FXS hibrid dan keseluruhan sistem menghasilkan 196 hp.

Kedua-dua enjin dipadan bersama transmisi CVT elektronik (e-CVT).

Berkenaan praktikaliti, Touring Sports semestinya mempunyai kelebihan dengan muatan bagasi 596 liter bagi model 1.8 dan 581 liter untuk model 2.0.

Ruang sehingga 1,591 dan 1,606 liter boleh dimanfaatkan dengan rebahan kerusi.

Harga Corolla bermula daripada 30,505.00 pound (RM171,227) bagi varian Icon Hathcback 1.8 dan sehingga 37,700.00 pound (RM211,613) untuk Excel Touring Sports 2.0.

Toyota Corolla Touring Sports Design 2.0 DOHC, Dual VVT-i:

  • Sistem Hibrid Keseluruhan:
    • Kuasa Maksimum: 196 hp (144 kW)
    • Tork Maksimum: 190 Nm @ 4,400-5,200 rpm
  • Enjin Petrol 2.0L (M20A-FXS) DOHC, Dual VVT-i:
    • Isi Padu: 1,987 cc
    • Gerek x Lejang: 80.5 x 97.62 mm
    • Nisbah Mampatan: 14.0:1
  • Motor Elektrik Hadapan:
    • Jenis: Permanent magnet synchronous motor
    • Kuasa Maksimum: 83 kW
    • Tork Maksimum: 206 Nm
  • Bateri Hibrid:
    • Jenis: Litium-ion
    • Kapasiti: 4.08 Ah

Toyota Corolla Hatchback GR SPORT 1.8 DOHC, Dual VVT-i:

  • Sistem Hibrid Keseluruhan:
    • Kuasa Maksimum: 140 hp (103 kW)
    • Tork Maksimum: 142 Nm @ 3,600 rpm
  • Enjin Petrol 1.8L (2ZR-FXE):
    • Isi Padu: 1,798 cc
    • Gerek x Lejang: 80.5 x 88.3 mm
    • Nisbah Mampatan: 13.048:1
  • Motor Elektrik Hadapan:
    • Jenis: Permanent magnet synchronous motor
    • Kuasa Maksimum: 70 kW
    • Tork Maksimum: 185 Nm
  • Bateri Hibrid:
    • Jenis: Litium-ion
    • Kapasiti: 4.08 Ah
Google ads
Back to top button