Artikel Pilihan

PORSCHE AKUI 911 KINI SEMAKIN GEMUK – JAGA SIKIT PEMAKANAN TU GAIS

Sedar atau tidak kebanyakan kereta termasuklah kereta sport kini semakin besar dan err…gemuk kecuali Mazda Miata. Miata membesar sikit je tau. Keadaan ini tidak dapat dielakkan atas nama keselamatan. Segala jenis teknologi keselamatan yang disumbat masuk membuatkan kereta menjadi semakin besar dan berisi. Tengok AE86 asal, ringan dan lincah bukan?

Porsche pun sedar dengan keadaan ini tapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk masa terdekat. Ketua rekaan Porsche, Michael Mauer memberitahu majalah Drive Australia yang perundangan melibatkan keperluan sistem keselamatan telah menyumbang kepada kegemukan 911.

Penambahan kuasa juga memaksa jurutera memilih rim dan tayar yang lebih besar untuk mengekangnya. Brek juga tidak dapat tidak mesti diperbesarkan berbanding 10 ke 20 tahun dahulu. Macam mana nak berhenti dengan baik kalau masih menggunakan cakera brek bersaiz minion.

Secara idealnya, Porsche ingin memperkenalkan 911 yang lebih kecil tapi ia agak mustahil berdasarkan trend terkini enjin ICE. Mungkin ia akan menjadi kenyataan bila teknologi EV semakin matang. Bila saiz motor elektrik dan bateri boleh dikecilkan kemungkinan besar 911 yang lebih kompak boleh dihasilkan.

Masalah Porsche memang tidak berminat untuk menghasilkan 911 EV dalam dekad ini. Kalau tanya kami pun 911 baik dikekalkan dengan enjin ICE. Nak jaga alam sekitar sangat boleh je kacukkan dengan sistem hibrid macam yang mereka perkenalkan sekarang.

Mauer memang mahukan 911 yang lebih kompak tapi itulah, bukan kereta sports sahaja. Kesmeua segmen lain juga turut menyaksikan model-model baharu yang lebih gemuk. Ambil contoh Perodua Axia, dulu comel tapi sekarang dan macam Myvi saiznya. Alza? Memang sahih la Alza vtectec kami lagi slim dari Alza Abang G tu.

Kita sebagai pengguna meang kena terima sahajalah kot. Nak buat macam mana lagi. Dah la petak pakir pun abang nampak makin kecil sekarang.

Kredit Motor1.com

Google ads
Back to top button