Motosikal

KAWASAKI TAMATKAN PRODUKSI ZZR1400 MULAI TAHUN DEPAN

Kawasaki dilapor akan menamatkan produksi jentera berkuasa tinngginya, ZZR1400 bermula tahun hadapan.

ZZR1400 lahir ketika zaman hampir semua pengeluar motosikal Jepun mempunyai motosikal untuk bersaing menjadi yang paling laju. Honda ada Superblackbird dan Suzuki pula tampil dengan Hayabusa.

Setiap jentera itu memiliki cara sendiri untuk menarik perhatian pengguna, tetapi tiada yang mampu menyaingi ZZR1400 dari segi jangka hayat dan kelajuannya.  

Kawasaki ZZR1400 dikuasakan oleh enjin bersesaran 1,352cc yang dibina khas dan berupaya menjana kuasa sehingga 190hp pada versi awalnya. Penggunaan induksi ram-air kemudian menyaksikan kuasa maksimum melonjak kepada 210hp.

Pada tahun 2012, Kawasaki membuat perubahan besar ke atas ZZR1400 dengan rekaan badan yang lebih kemas dan aerodinamik. Motosikal itu juga menerima sistem ekzos baharu, Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat, slipper clutch, kipas radiator kedua dan sistem penghidup yang diambil daripada Kawasaki ZX-10R.

Langkah menghentikan produksi ZZR mungkin membuatkan ramai beranggapan Kawasaki akan mempunyai mesin sports-touring dengan enjin aspirasi biasa. Tetapi, peluang untuk melihat harapan itu menjadi kenyataan adalah nipis.

Ini kerana Kawasaki kini sudah mempunyai H2 SX SE. Walaupun ia tidak menawarkan prestasi yang lancar sepaerti ZZR1400, namun motosikal itu adalah jauh lebih ringan, berkuasa dan lebih baik.

Mungkin itulah antara sebab kenapa ia tidak lagi akan diproduksi selepas ini.  

Google ads
Back to top button